Terkini

Gaya hidup
Wanita Keliru Balas Pemberian Buah Limau, Jawapan Netizen Buat Ramai Tersentuh
Tip
Cara Paling Mudah, Hilangkan Batuk Berkahak Guna Bahan Semula Jadi Ni
Trivia
Bilik Panas Waktu Malam, Ini 5 Barang Wajib Ada Kurangkan Bahang
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa Tiga Negeri Hingga Awal Pagi
Gaya hidup
Risau Anak Tak Tahu, Bapa Siap Tulis Nama Komponen Kereta
Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Tip
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Gambar: AFP

“Jika kami kalah lagi, Liverpool juara EPL” – Pep

Iqbal Yasir

“Jika kami kalah lagi, Liverpool juara EPL” – Pep

Jurulatih Manchester City, Pep Guardiola menganggap pasukannya berkemungkinan terlepas gelaran juara Liga Perdana Inggeris (EPL) kelima berturut-turut jika tewas kepada Liverpool pada hujung minggu depan, lapor Sporting New.

Dalam perlawanan ke-12 liga, City dibelasah 4-0 oleh Tottenham di gelanggang sendiri buat kali pertama sejak November 2022, menjadikan kekalahan ketiga berturut-turut dalam liga.

Jelas Pep, pasukannya kini ketinggalan lima mata di belakang pendahulu Liverpool, yang berkelebihan satu perlawanan.

Ujian getir menanti anak-anak buahnya apabila City bakal bertandang ke Anfield pada perlawanan liga seterusnya, di mana Citizens tidak pernah merekodkan kemenangan di Anfield sejak 2003.

Kalau kami tewas lagi, Liverpool mungkin juara EPL

Liverpool juara epl pep
Gambar: AFP

“Ya, jika Liverpool secara terus dalam prestasi menang dan menang, itu betul.

“Kami tidak berfikir tentang menang atau kehilangan gelaran juara, kami sekarang berada dalam situasi tidak berfikir apa yang berlaku pada penghujung musim.

“Jika kami gagal memenanginya, itu bermakna kami tidak layak. Kami telah juara liga beberapa kali sebelum ini kerana kami layak,” ujarnya sewaktu ditanya mengenai jarak 11 mata adakah mampu dikejar oleh City.

Sementara itu, Kapten Manchester City, Kyle Walker memberi amaran kepada rakan sepasukan, berkemungkinan bakal menjadi satu ‘noktah’ jika terus mereka masih menampilkan permainan yang buruk ketika bertemu dengan pendahulu liga pada minggu depan.

“Ia adalah satu perlawanan yang penting kami mencuri tiga mata dari Liverpool untuk merapatkan jurang mata, yang kini mendahului carta liga.

“Jadi, kami tidak boleh mempamerkan persembahan seperti ini atau kami akan terus ketinggalan,” katanya.

Untuk rekod, ini merupakan prestasi terburuk Citizens ini apabila tewas kali kelima berturut-turut dalam semua pertandingan.

Etihad kini ibarat ‘kubur’ buat Manchester City

Gambar: AFP/PAUL ELLIS

“Ketika ini pertahanan kami sangat rapuh. Kita bermula dengan baik seperti biasa dalam perlawanan ini tapi tak menjaringkan gol. Kemudian kita bolos dan bolos lagi menambah kesukaran kita untuk bangkit.

“Sepanjang 8 tahun ini, kami tak pernah merasai situasi seperti ini. Sekarang kami perlu hadap dan menang perlawanan seterusnya,” kata Pep lagi.

The Citizens tewas 4-0 kepada Tottenham Hotspurs dalam saingan Liga Inggeris awal pagi tadi. Ini merupakan kekalahan kelima berturut-turut Pep Guardiola dan pertama kali berlaku dalam karier beliau sebagai pengurus.

City bakal bertemu Feyenoord dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah Rabu ini sebelum bertandang ke Anfield menentang pendahulu liga, Liverpool pada awal pagi isnin minggu hadapan.

Sumber: Sporting News, NBC Sports

BACA: Kain Kafan Ibu Tak Hancur Selepas 12 Tahun Dikebumi

BACA: Situasi Banjir Di Terengganu, Perak Bertambah Buruk, Kelantan Kembali Dilanda