Terkini

Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
kain kafan tak hancur
Kredit: Sinar Harian

Kain Kafan Ibu Tak Hancur Selepas 12 Tahun Dikebumi

Azizah Najib

Kain Kafan Tak Hancur Selepas 12 Tahun Dikebumi

Lima termasuk tiga jenazah yang masih berkain kafan terpaksa dikebumikan semula akibat tanah runtuh di Tanah Perkuburan Kampung Pengkalan Maras, Kuala Nerus pagi tadi.

Menurut laporan Sinar Harian, salah satu jenazah masih berada dalam keadaan yang baik biarpun telah dikebumikan 12 tahun yang lalu. Perkara tersebut disahkan oleh waris, Siti Idayu Mohd Ali, 41, yang terkejut melihat kain kafan arwah ibunya itu.

“Arwah mak meninggal pada tahun 2012. Saya dimaklumkan tentang perkara itu selepas melihat status WhatsApp dan Facebook penduduk kampung.

“Jadi dalam jam 8.30 pagi tadi saya datang melihat kubur arwah ibu. Alhamdulillah, kain kafan arwah ibu masih baik dan tak hancur,” katanya.

BACA: “Aku Namakan Dia Tuah,” Kisah Pesakit Skoliosis Hamil Buat Netizen Terharu

Menurut sumber, lapan kubur bakal dipindahkan. Hanya dua jenazah yang masih dalam keadaan sempurna bertengkorak manakala selebihnya tidak.

Dalam pada itu, seorang lagi waris, Nursyuhada Alias, 19 meluahkan kebimbangan terhadap risiko hakisan yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini. Nursyuhada memaklumkan kubur arwah neneknya, Puteh Omar juga terletak di tepi pantai dan berkemungkinan terkesan akibat hakisan tersebut.

“Jadi kami sekeluarga berharap agar pihak berkuasa mengambil satu langkah bagi menangani isu ini supaya tidak berlaku lagi insiden yang sama,” luahnya.

Setakat ini, proses mencari dan memindahkan jenazah ke Tanah Perkuburan Islam Hajar, Kampung Awang Lib masih berjalan.

BACA: Meruntun Jiwa, Suapan Ayah Jadi Kenangan Anggota MALBATT

Untuk pengetahuan, lebih 200 jenazah telah dikebumikan di tanah perkuburan berkenaan sejak ia dibuka pada 70 tahun lalu.

Sementara itu, Mufti Terengganu, Datuk Mohamad Sabri Harun berkata Jabatan Agama Islam dan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) telah menerima kebenaran menjalankan aktiviti menggali dan memindahkan kubur-kubur yang berkemungkinan tinggi dihanyutkan ombak pada kadar segera.

“Proses tersebut perlu dilakukan kerana risiko lebih banyak kubur hanyut akibat hakisan disebabkan Monsun Timur Laut yang melanda Terengganu ketika ini,” jelasnya.

BACA: Situasi Banjir Di Terengganu, Perak Bertambah Buruk, Kelantan Kembali Dilanda

Sumber: Sinar Harian