Terkini

Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Jenayah
Dua Lelaki Ditahan Kes Penemuan Anggota Badan Wanita Di Indah Permai
Luar Negara
Dua Kapal AS Bertembung Di Caribbean
nadia kesuma
Sumber: BERNAMA

Jenazah Nadia Kesuma Dikebumi Esok Di Jeddah

Hannah

Jenazah Nadia Kesuma Dikebumi Esok Di Jeddah

GEORGE TOWN, 18 Jan (Bernama) — Jenazah Allahyarham Nadia Kesuma dijangka dikebumikan pagi esok mengikut waktu tempatan di Jeddah, Arab Saudi, kata Ahli Dewan Undangan Negeri Bertam Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Reezal Merican yang juga Ketua UMNO Bahagian Kepala Batas berkata perkara itu dimaklumkan suami pelakon berkenaan, Prof Dr Muhammad Kamarul Kabilan Abdullah, 57, ketika ditemui bersama ahli keluarganya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tengah hari tadi untuk berlepas ke Jeddah.

“Saya dimaklumkan bahawa jenazah Allahyarhamah Nadiah Kasumawati Abdul Karim (Nadia Kesuma) akan dikebumikan pada pagi esok mengikut waktu tempatan di Jeddah, Arab Saudi, tertakluk kepada kelancaran urusan di sana,” katanya menerusi hantaran Facebooknya hari ini.

Ketika ini Muhammad Kamarul Kabilan dan anak perempuannya dalam perjalanan ke Jeddah bagi menyelesaikan segala urusan jenazah di King Fahad Hospital termasuk dokumentasi serta pengambilan barang-barang peribadi Allahyarham Nadia Kesuma.

Sementara itu, Muhammad Kamarul Kabilan yang juga pensyarah di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang dan bapa kepada tiga anak berusia 11 hingga 15 itu dalam hantaran Facebook berkata anak-anaknya sangat merindui Allahyarham Nadia Kesuma.

“Anak-anak juga sangat merinduimu malah Deena menangis teresak-esak selepas menerima khabar pemergianmu, terpaksa pujuk Iqi kerana dia mahukanmu dan mahu ikut berjumpa denganmu,” menurut hantaran itu.

Beliau turut berkongsikan menerima ratusan mesej daripada rakan-rakan serta orang yang tidak dikenali susulan perkhabaran sedih kematian isterinya.

Muhammad Kamarul Kabilan menerusi hantaran itu turut mengimbau kenangan bersama Allahyarham Nadia Kesuma atau nama sebenarnya, Nadiah Kasumawati Abdul Karim, 50, dan memaklumkan tidak sabar menatap wajah arwah isterinya itu.

Dalam pada itu, seorang jiran Allahyarham di Bertam, dekat sini, Syahrizal Ibrahim, 46, ketika ditemui melahirkan rasa terkejut dengan berita pemergian pelakon itu.

Syahrizal berkata penduduk di kawasan kejiranan itu mengadakan majlis bacaan surah Yasin dan solat hajat malam tadi di Surau Al-Muttaqin sebagai ikhtiar mendoakan pelakon itu ditemukan semula dalam keadaan selamat.

Menurutnya, Nadia Kesuma seorang yang ceria dan rajin menyertai program dan kenduri diadakan penduduk di situ.

“Kami semua memang terkejut apabila baru dapat tahu pagi tadi Nadia (Kesuma) sudah meninggal dunia, saya telah berjiran dengan keluarga Allahyarham lebih lima tahun,” katanya.

Terdahulu, Bernama melaporkan berita kematian Nadia Kesuma disahkan suaminya melalui hantaran di Facebook pagi tadi yang memaklumkan isterinya meninggal dunia pada 8.07 pagi Khamis lepas, hari pelakon itu dilaporkan gagal dikesan.

Nadia Kesuma menyertai pakej Umrah-London-Paris sebuah agensi pelancongan bersama-sama 21 jemaah lain dan berlepas dari KLIA pada 1.48 pagi, Selasa lepas.

Sebelum ini, Presiden Gagasan Transformasi Anak Seni (GTAS) Anne Abdullah yang juga rakan baik Nadia Kesuma memaklumkan pelakon filem Syaitan Munafik dan Kudeta itu gagal dikesan selepas tiba di Jeddah.

Sumber: BERNAMA