Siakap Keli
festival anak sarawak dan temasya kueh malaysia

Festival Anak Sarawak Dan Temasya Kueh Malaysia

Festival Anak Sarawak Dan Temasya Kueh Malaysia

KUALA LUMPUR, 23 November 2024 – YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara telah menyempurnakan Festival Anak Sarawak dan Temasya Kueh Malaysia anjuran Persatuan Kepimpinan Perintis Anak Sarawak, salah satu Friends Of  Unity Kementerian Perpaduan Negara (KPN) dengan kerjasama Jabatan Muzium  Malaysia bertempat di perkarangan Muzium Negara, Kuala Lumpur, hari ini. 

Penganjuran Festival Anak Sarawak ini menjadi manifestasi bagaimana budaya boleh menjadi alat penyatuan. Kekayaan etnik di Sarawak seperti Iban, Bidayuh, Orang Ulu, Melayu Sarawak, Melanau, Cina, dan lain-lain telah membuktikan dan mencerminkan  satu keunikan luar biasa Sarawak sebagai sebuah wilayah yang kaya dengan budaya dan etniknya di samping menjadi contoh terbaik bagi masyarakat Malaysia yang hidup  harmoni dan makmur.

festival anak sarawak dan temasya kueh malaysia

YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara dalam ucapannya berkata, “festival ini bukan sahaja menjadi medan untuk kita meraikan keindahan warisan  budaya, tetapi juga ruang untuk memperkukuh hubungan antara komuniti dan  menyemai nilai-nilai murni yang menjadi tunjang kepada perpaduan.

Kita bukan sahaja meraikan identiti budaya kita, tetapi juga mengukuhkan ikatan sebagai satu keluarga  besar rakyat Malaysia. Saya mengambil kesempatan ini, ingin mengingatkan kepada semua agar menjadikan konsep Faham, Hormat dan Terima sebagai kunci kejayaan  memperkukuhkan perpaduan antara kaum.” 

festival anak sarawak dan temasya kueh malaysia

Pada masa yang sama, pelbagai aktiviti menarik menanti pengunjung yang hadir sepanjang program yang berlangsung selama dua hari ini termasuk Melodi Irama  Sarawak, permainan tradisional, pameran kebudayaan, pameran arca ukir, konsert  anak muda yang menampilkan barisan penyanyi terkenal tanah air, pertunjukkan sape, Food Fest, dansa tari Sarawak, singkap sejarah alatan kuih tradisional, Zumba  Sarawak, jualan pasar adat dan sebagainya. Pengunjung boleh hadir ke perkarangan  Muzium Negara Kuala Lumpur bermula jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam pada 23  November 2024 dan 24 November 2024. 

Nurul Naqiyah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.