Tip Elak Lalang Cepat Naik, Guna Dua Bahan Ini Je
Kebanyakan halaman rumah pastinya dihiasi dengan pelbagai tanaman hijau yang ‘menyejukan mata’ tiap kali memandangnya.
Walau bagaimanapun, ia memerlukan pengorbanan kudrat, masa dan duit untuk mematikan ‘pemandangan’ halaman rumah kekal terjaga.
Jika tidak, sudah tentu halaman rumah menjadi tidak terurus termasuk rumput dan lalang naik dengan cepat.
Kadangkala, rumput ini hanya mengambil waku seminggu lebih sahaja untuk kembali tumbuh terumatanya di musim hujan ini.
Sehubungan itu, SK hari ini nak kongsikan tip untuk lambatkan proses pertumbuhan lalang dan rumput, menerusi kiriman Facebook Potong Rumput Keluang Mersing, di bawah.
Tip Elak Rumput & Lalang Tumbuh Sekitar Rumah, Sembur Dengan Bahan Ini. Boleh Tahan Sampai 6 Bulan!

Rumput atau lalang tumbuh sekitar rumah memang boleh menyakitkan mata. Walaupun dah racun, dah cabut tapi tak lama naik semula.
Bagi yang dah penat dengan situasi ini mungkin boleh ikut cara yang dikongsi. Cara yang digunakan ini, paling tidak rumput dan lalang takkan tumbuh selama 6 bulan. Jadi tak perlulah kerap membersihkannya.
Petua mudah atasi masalah rumput atau lalang cepat naik.

Ramai yang ada masalah rumput cepat naik dah cabut pun masih cepat naik.
Saya ada pengalaman menyelia compound maintenance bagi lanskap, jadi saya ingin berkongsi petua mudah atasi masalah rumput ini.
2. Menggunakan DIESEL, ya minyak diesel.
Asasnya DIESEL ada 2 jenis:
- Kleen diesel untuk kerja-kerja fogging
- Diesel yang dibeli di petrol pump.

Caranya:
Gunakan DIESEL yang dibeli dipetrol pump. Tak perlu campur bahan lain, kaedah bancuhan pun tiada. 100% gunakan DIESEL.
Insya-Allah hasilnya, rumput hanya akan tumbuh semula paling awal 6 bulan. Ada jenis rumput akan “kelu” terus selama-lamanya.
Peringatan Penting:
1. Selepas menggunakan DIESEL untuk membunuh rumput, biarkan tanah rumput selama seminggu baru boleh nak bercucuk tanam semula. Ini kerana tanah yang rumputnya kita dieselkan akan menggurangkan kadar soil dan mineral pada tanah. Tapi ianya akan pulih semula dalam masa 3 hari ke 7 hari.
2. Berhati-hati gunakan DIESEL. Jangan sesekali terkena pada tanaman yang kita tanam. Sebab jangan kata rumput, pokok pun boleh mati sekali kalau terkena DIESEL.
3. Seperti biasa, setelah kerja-kerja mendiesel rumput menggunakan tong racun atau apa juga jenis pam pancut, pastikan basuh sebersih-bersihnya menggunakan sabun. Tak kira kalau kita gunakan racun atau diesel sekalipun, tong atau pam penyembur perlulah dicuci bagi mengelakkan saki baki racun atau diesel yang tertinggal menghakis tong atau pam penyembur kita.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Potong Rumput Keluang Mersing