Siakap Keli
Lelaki Islam Johor solat Jumaat
Sumber: Sinar Harian

Lelaki Islam Wajib Tinggal, Tutup Sementara Premis Perniagaan Ketika Solat Jumaat

Lelaki Islam Wajib Tinggal, Tutup Sementara Premis Perniagaan Ketika Solat Jumaat

Peniaga dan pelanggan lelaki beragama Islam di Johor diwajibkan meninggalkan urusan perniagaan atau menutup sementara operasi perniagaan ketika solat Jumaat.

Exco Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid, menjelaskan bahawa hal ini bertujuan untuk membolehkan lelaki Islam melaksanakan tanggungjawab solat Jumaat di masjid berdekatan.

“Mereka yang kena tinggalkan jual beli ini adalah orang lelaki, orang Islam, maka orang inilah jangan berniaga dan jangan bekerja (semasa solat Jumaat).

“Jadi peniaga Islam yang lain boleh berniaga tetapi yang lelaki kenapa pergi makan semasa solat Jumaat. Lelaki Islam kenapa berniaga semasa orang sembahyang Jumaat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, pada Selasa, bagi menjawab soalan Abdul Aziz Talib (PN-Maharani) berhubung kesediaan kerajaan negeri mempermudah pelaksanaan solat Jumaat mulai 1 Januari depan.

Mengulas lanjut, Mohd Fared berkata, Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) akan melakukan penguatkuasaan bagi memastikan semua lelaki Islam mematuhi peraturan ini.

BACA: “Futureland” Festival Anjuran Warner Music Malaysia Dan Watsons Malaysia Serlahkan Bakat Tempatan

Di sisi lain, beliau menjelaskan, bagi pekerja Islam yang berdepan isu diskriminasi dalam pelaksanaan kewajipan solat Jumaat diminta melaporkan isu tersebut kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Negeri Johor.

Justeru itu, beliau menegaskan bahawa majikan yang gagal menyediakan waktu rehat yang mencukupi pada setiap Jumaat boleh dikenakan tindakan undang-undang.

“Sesiapa yang tidak membenarkan pekerja menunaikan solat Jumaat atau waktu solat pada waktu bekerja mereka disusahkan, maka pekerja boleh mengadu perkara itu kepada JTK di bawah Akta Pekerja kerana diskriminasi dan majikan terlibat akan diambil tindakan,” katanya.

Waktu rehat Johor ditambah untuk kemudahan solat Jumaat

alam usaha menyokong pelaksanaan ini, kerajaan negeri telah melanjutkan waktu rehat sektor swasta pada Jumaat kepada dua jam, berbanding hanya satu jam setengah sebelum ini.

Perubahan ini diumumkan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, ketika pembentangan Belanjawan Johor 2025.

Langkah tersebut diambil bagi memastikan umat Islam yang bekerja di sektor swasta dapat menunaikan solat Jumaat dengan lebih selesa.

Untuk info, Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, sebelum ini turut mengumumkan bahawa cuti hujung minggu negeri Johor akan ditukar semula kepada Sabtu dan Ahad bermula 1 Januari 2025.

BACA: Ayam Brand Perkenal Ayam Carik Dalam Tin Yang Pertama Untuk Hidangan Enak Dan Cepat

Sumber: Sinar Harian

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.