Terkini

Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
hujan lebat pagi ini
Kredit: Bernama

5 Negeri, 2 Wilayah Dijangka Alami Hujan Lebat Pagi Ini

Azizah Najib

5 Negeri, 2 Wilayah Dijangka Alami Hujan Lebat Pagi Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang yang dijangka landa lima negeri dan dua Wilayah Persekutuan sehingga 10 pagi ini.

Menerusi muat naik di laman Facebook, seluruh negeri Melaka serta WP Kuala Lumpur dan WP Putrajaya bakal alami hujan lebat.

Keadaan di Perak menunjukkan daerah Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak diramal hujan lebat. Begitu juga dengan daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang di Selangor.

BACA: Presiden Suriname Umum Pemberian Royalti Minyak Kepada Semua Rakyat

Turun ke Negeri Sembilan, daerah yang tersenarai terima hujan lebat hanya Seremban, Port Dickson dan Rembau.

Beralih ke Sarawak, MetMalaysia menjangkakan daerah Sarikei (Pakan, Julau dan Meradong), Sibu, Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Kapit (Song dan Kapit) dan Bintulu hujan lebat pagi ini.

Kredit: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” maklum MetMalaysia.

Keadaan semasa menunjukkan banjir mula berlaku di beberapa kawasan di negeri Kelantan.

Berikutan itu, orang ramai dinasihatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga dan peka dengan keadaan sekeliling. Elakkan berada di tempat berisiko.

BACA: Payung Pantai Lebih Cantik Dan Tersusun Di Telok Kemang Bermula 16 Disember

Terdahulu, MetMalaysia telah mengeluarkan amaran hujan berterusan pada tahap bahaya di beberapa kawasan termasuk Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai di Kelantan. Manakala di Terengganu, keseluruhan negeri dijangka terima hujan berterusan pada tahap bahaya sehingga Jumaat.

Begitu juga dengan Pahang yang melibatkan Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin.

Sementara itu, beberapa daerah di negeri Kedah, Perak, Kelantan, Pahang dan Johor diramal bakal hadapi hujan berterusan pada tahap buruk.

Kredit: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)

BACA: Disapa “Auntie” Di China, Gelagat Lelaki Borak Dalam Bahasa Melayu Buat Ramai Terhibur

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) (1) (2)