“Bukan saja-saja datang 8 kali”, Lelaki Jerman Ini Dedah ‘Sisi’ Malaysia Yang Tiada Di Negara Lain
Bercakap mengenai melancong, siapa saja yang tak suka menggembara ke luar negara bukan?
Dengan melancong, kita dapat melihat budaya, pemandangan, tempat-tempat menarik dan banyak lagi, sesuai dengan kata-kata “jauh perjalanan, luas pengetahuan”.
Tapi pernah tak anda terfikir kenapa sesetengah pelancong dari luar gemar melancong ke negara yang sama berulang kali?
Tentu ada sebab mengapa mereka gemar berkelana ke negara asing itu.
Begitulah kisah seorang lelaki dari Leipzig, Jerman, Jan mendedahkan dia telah datang ke Malaysia bukan hanya sekali tetapi beberapa kali.
Dalam perkongsian video pengguna TikTok @gomalaysia, mat saleh itu, berkata dia sangat gembira berkunjung ke Malaysia.
Ini Sebab Mat Saleh Sanggup Datang Malaysia

Jan berkata, mahalnya tentang Malaysia adalah terletak pada masyarakatnya yang cukup peramah.
“Saya tak tahu, mungkin 6, 7 atau 8 kali (datang ke Malaysia). Rakyatnya peramah. Orang-orang di sini sangat menakjubkan.
“Mereka sangat peramah. Saya suka rakyat Malaysia,” katanya sewaktu ditemu bual.
Ketika ditanya mengenai apa yang perlu diketahui oleh orang luar di negara ini, Jan memberitahu, Malaysia mempunyai banyak lokasi tumpuan budaya.
“Malaysia ada banyak, pelbagai orang di sini dari seluruh dunia. Terdapat pelbagai bangsa seperti Melayu, India, Cina, orang asli dan pelancong luar juga.

Tambahnya, apabila tiba sahaja di negara ini, Nasi Goreng Seafood adalah menu paling digemarinya dan wajib dicuba.
Reaksi Netizen
Sementara itu, menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen memberikan respon positif termasuk beberapa saranan menu makanan baharu.
Berikut antara komen warganet;
“Kalau dah 8 kali datang tu bukan suka dah. Tu kira menetap dah haha,” seloroh seorang pengguna.
“Terima kasih, harap awak datang ke Taman Negara. Nikmati keindahan alam semula jadi,” komen seorang pengguna lagi.
“Inilah keindahan yang ada di Malaysia. Awak akan bertemu dengan pelbagai bangsa dan masyarakat yang peramah dan mesra membantu,” komen seorang lagi.
@gomalaysia Have you met Jan from Leipzig, brother-in-law of Hans?π€© This Dutch-German family is seriously in love with Malaysia! ππ²πΎπ«Ά #Terengganu #Malaysia #Kapas #travelingtips #snorkeling #diving #divingmalaysia #inlovewithmalaysia #visitmalaysia2026 @Tourism Malaysia @Beautiful Terengganu Malaysia
Sumber: TikTok @gomalaysia