Terkini

Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Youtuber mati kesejukan
Kredit: Daily Mail

Youtuber Terkenal Mati Kesejukan Akibat Salji Tebal Ketika Buat “Content” Sendirian Dalam Hutan

Athirah

Youtuber Terkenal Mati Kesejukan Akibat Salji Tebal Ketika Buat “Content” Sendirian Dalam Hutan

Seorang Youtuber terkenal Sweden dilapor mati dalam keadaan kesejukan ketika berada sendirian di dalam hutan pada musim salji untuk menghasilkan kandungan kreatif.

Jasad Storm De Beul, 22, yang merupakan seorang pencinta alam ditemui di kawasan hutan terpencil Jokkmokk di Lapland, Sweden pada 30 Oktober lepas.

Menurut Daily Mail, De Beul dipercayai menghabiskan kebanyakan masanya di hutan berkenaan untuk merakam pengalaman melakukan aktiviti pendakian secara solo.

De Beul difahamkan terperangkap dalam ribut salji yang lebat pada malam sebelum dia menemui ajal dan sempat mengirimkan mesej terakhir kepada neneknya.

“Salji turun dengan lebat di sini (merujuk kawasan De Beul berada). Tapi jangan risau, saya akan bertahan,” katanya.

Youtuber mati kesejukan ketika buat content sendirian dalam hutan

Malah, dia sempat merakam keadaan salji lebat yang memenuhi kasut dan beg galas serta keadaan angin kencang menghentam khemah dimana dia bermalam.

De Beul dikatakan turut menghantar rakaman berkenaan kepada beberapa orang kenalannya.

Menurut Daily Mail, De Beul telah pun diberikan amaran oleh rakan-rakanya tentang risiko bersendirian di dalam hutan pada musim salji. Namun begitu, dia mengabaikan nasihat-nasihat tersebut.

Dalam pada itu, ibu De Beul berkata setakat ini mereka tidak pasti mengapa mendiang meninggalkan khemah pada hari kematiannya dan berjalan dalam keadaan ribut sedang melanda.

Bagaimanapun, mereka percaya De Beul tiada pilihan lain selain meninggalkan kawasan berkenaan mungkin kerana khemahnya sudah rosak atau ditiup angin kuat.

“Suhu ketika itu sekitar -6 darjah celcius, namun disebabkan ribut mungkin akan berasa seperti -18 darjah celcius. Kakinya berada dalam keadaan beku.

“Tetapi tangannya berada dalam keadaan baik, mungkin dia meninggalkan khemah sambil membawa alat pemanas, ” kata ibu mendiang.

Menurut Daily Mail lagi, kesan kecederaan patah turut ditemui pada hidung De Beul, menunjukkan dia mungkin terjatuh ketika bergerak di dalam hutan.

De Beul sempat menghubungi talian kecemasan untuk melaporkan kecederaan yang dialaminya dan meminta bantuan.

Bagaimanapun akibat cuaca buruk dan angin kencang, helikopter hanya dapat digerakkan ke lokasi De Beul sehari kemudian, namun sudah terlambat.

Youtuber tersebut ditemui sudah tidak bernyawa, jauh dari tapak khemah dan kira-kira satu hari perjalanan menuju ke lokasi keretanya dipakir.

BACA: Kesiapsiagaan Hadapi Banjir Di Tahap Tertinggi – Ahmad Zahid

Sumber: Daily Mail