Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Banjir: Hatyai Diisytihar Sebagai Zon Merah, Penduduk Diarah Bersedia Berpindah

Athirah
hatyai banjir
Gambar: The Nation

Banjir: Hatyai Diisytihar Sebagai Zon Merah, Penduduk Diarah Bersedia Berpindah

Bandar Hatyai kini diisytihar sebagai zon merah kerana berisiko untuk dilanda banjir teruk, menyaksikan pihak berkuasa tempatan menggesa orang ramai bersiap sedia dengan arahan pemindahan kecemasan.

Menurut portal The Nation, pengisytiharan berkenaan dibuat oleh Datuk Bandar, Sakhon Thongmunee pada pagi Jumaat.

Difahamkan, air daripada terusan U-Tapao dan Wa yang merentasi kota paling padat dengan penduduk di Selatan Songkhla itu semakin melimpah.

Hatyai diisytihar zon merah, penduduk diarah bersiap sedia berpindah jika diarahkan

Menurut amaran yang dikeluarkan, air yang melimpah itu boleh menyebabkan Hatyai dilanda banjir, sekaligus turut menggesa orang awam segera memindahkan barang-barang mereka ke tempat selamat.

Pada masa yang sama, mereka juga diminta bersedia sekiranya amaran pemindahan dikeluarkan kelak.

Orang awam juga diingatkan untuk mengikuti laporan-laporan cuaca yang dikeluarkan pihak berkuasa dan peka dengan keadaan semasa.

Hatyai merupakan antara lokasi pelancongan di Thailand yang menjadi tumpuan pelancong dari serata dunia, termasuk dari Malaysia.

BACA: Beza Banyak, Ini Trik Nak Jimat Hingga RM25,000 Bila Beli Kereta Baru

Sumber: The Nation