Siakap Keli
rumah terapung pokwe
Kredit: Zalie Fishing

Idea Menjadi, Rumah Pokwe Berjaya Terapung Lagi Dalam Banjir

Idea Menjadi, Rumah Pokwe Berjaya Terapung Lagi Dalam Banjir

Pernah terapung tatkala banjir melanda kampungnya sebelum ini, rumah A Bakar Che Ahmad yang lebih dikenali sebagai Pokwe terapung lagi buat kali ketiga. Menerusi video yang dimuat naik oleh anaknya di media sosial, Pokwe kelihatan sedang berehat bersama pasangannya di beranda rumah.

“Alhamdulillah tahun ni masih terapung lagi. Semoga mak dan ayah sihat walafiat selalu dan dimurahkan rezeki,” coret Zalie di laman TikTok miliknya.

Fenomena ini turut mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri Air Putih, Mohd Hafiz Adam.

“Rumah terapung Pokwe Viral Batu 16, Kampung Tebak, Kemaman alhamdulillah terapung dengan jayanya. Apapun, berpindahlah ke tempat yang mudah untuk bantuan sampai,” nasihat Hafiz menerusi muat naik di laman Facebook miliknya.

BACA: Dakwaan Empangan Pergau Lepaskan Air Tidak Benar – TNB

Terdahulu, Bernama pernah melaporkan tindakan yang diambil Pokwe bagi mengatasi masalah banjir di Kampung Terbak Batu 16 membuahkan hasil. Dengan menggunakan 69 tong plastik dan 54 keping papan fascia, rumah miliknya berjaya diapungkan.

Siap dibina pada 16 September 2022, rumah tersebut terinspirasi daripada reban ayam terapung yang dibina Pokwe pada 2019. Menurut Pokwe, rumah tersebut dibina bersama tujuh anak dan menantunya.

“Rumah ini mengambil masa dalam tiga bulan lebih (untuk dibina)… rumah ini mempunyai lima bilik tidur dan dua bilik air, manakala ia juga boleh menampung seberat 15 tan metrik,” ujar Pokwe.

BACA: ‘Rumahku, Rakitku’ Selamatkan Pokwe Sekeluarga Daripada Banjir

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya kagum dengan kebijaksanaan Pokwe mengatasi masalah banjir yang sering dihadapinya. Malah, ada juga yang tertanya-tanya bagaimana rumah terapung tersebut tidak hanyut dibawa arus.

“Sediakan payung sebelum hujan, inilah hasilnya,” puji warga maya.

“Hebat orang lama. Semoga tiang sokongan berdiri teguh dan semoga air tidak deras,” ucap seorang lagi.

“Pak cik ni paling bijak dalam menyelesaikan masalah rumah beliau,” ujar seorang warga maya lagi.

Menurut anaknya, jumlah pelampung yang digunakan sudah bertambah berbanding ketika rumah ini dibina.

“Dulu 69 (tong) tapi dah jadi sembilan puluh lebih gitu lah,” jawab anaknya pada pertanyaan warga maya di ruangan komen.

@jimat_fishing2

#CapCut Alhamdulillah tahun NIE masih terapung lagi… semoga mak dan ayah sihat walafiat selalu dan dimurahkan rezeki…#banjir #rumahkelong #rumahterapung #rumahrakit #jimatfishing #zaliefishing #semuaallahpunya #fyp #fyptoday

♬ suara asli – annanano – annanano

BACA: Lelaki Maut Selepas Kaki Dicakar Kucing Kesayangan 

Sumber: Zalie Fishing, Mohd Hafiz Adam

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.