Jangan Panik, Ini 5 Tip Selamatkan Kereta Selepas Tenggelam Dalam Banjir
Musim banjir ini pasti ada di antara pembaca yang tidak sempat atau tidak tahu ke mana arah untuk dituju bagi menyelamatkan kereta daripada ditenggelami banjir.
Dalam kebuntuan menghadapi air yang semakin naik memasuki rumah, anda hanya mampu melihat kereta anda turut ditenggelami banjir. Pelbagai kemungkinan dan persoalan mula menerjah di kala minda sedang kusut.
Apa yang perlu anda lakukan jika kereta anda ditenggelami banjir? Adakah kereta anda masih boleh diselamatkan? Bagaimana caranya untuk anda selamatkan kereta dari rosak sepenuhnya?
Jangan panik. Tahukah anda, kereta anda masih boleh diselamatkan menurut seorang pengguna TikTok, James Yip.
Lima tip selamatkan kereta tenggelam banjir
Dalam situasi ini, perkara paling penting ialah jangan hidupkan kereta anda sama ada ketika kereta sudahpun ditenggelami banjir atau selepas air surut. Anda perlu menunda kereta anda ke bengkel berdekatan supaya langkah-langkah seterusnya dapat dilakukan.
Menurut James, sebolehnya pemandu mengurangkan risiko kerosakan pada unit kawalan elektronik (ECU).
“Sekiranya anda cuba hidupkan enjin kereta, risiko berlaku litar pintas menjadi lebih tinggi,” tegasnya.
Seterusnya, semak paras minyak enjin dan kotak gear kereta.
“Sekiranya paras minyak dah terlalu tinggi, ia menandakan air banjir telah masuk ke dalam enjin,” jelasnya.
BACA: 3 Negeri Dijangka Hujan Lebat Sehingga Tengah Hari
Jika anda mendapati perkara ini berlaku, keluarkan kesemua minyak enjin, minyak gear, minyak stereng kereta dan bahan pendingin di dalam radiator. Kemudian, gantikan dengan minyak dan bahan pendingin yang baharu.
Selain itu, anda juga perlu mengeluarkan minyak petrol atau diesel daripada tangki minyak kereta anda.
“Kedudukan tangki minyak kereta agak rendah, jadi kemungkinan air banjir masuk ke dalam tangki minyak. Sebaiknya kita buang segala minyak yang ada dan gantikan dengan minyak yang baru untuk elakkan sebarang risiko,” tambah James lagi.
Di samping itu, anda juga perlu mencabut komponen elektronik yang ada pada kereta anda. Seperti juga peranti elektronik dan telefon bimbit, komponen-komponen ini perlu dikeringkan terlebih dahulu.
“Komponen elektronik yang penting seperti ECU, radio, paparan HUD, hub maklumat dan hiburan (infotainment) perlu dicabut, dibersihkan dan dikeringkan dengan harapan ia mampu diselamatkan,” ujarnya.
Perkara terakhir yang perlu anda lakukan menurut James ialah mengeluarkan air banjir yang memasuki bahagian dalam kereta anda.
Sebelum mengakhiri perkongsiannya, James turut berpesan kepada para pemandu agar berhati-hati memilih tempat meletakkan kereta anda. Sebaiknya kereta diletakkan di tempat yang lebih tinggi bagi mengelak dari kereta anda ditenggelami banjir.
BACA: Air Paras Pinggang, Lelaki Gigih Harung Banjir Demi Selamatkan Lembu Ternakan
@jamesyip_ 5 Cara Selamatkan Kereta Tenggelam Banjir #alatin #james_alatin #kereta #car #carmalaysia #tiktokmalaysia #education #cermin #cermingelap #tinted #tintedwindows #tiktokguru #selamat #banjir #jangan #ECU #flushing
BACA: Sah Ke Solat Jika Pakaian Berlumpur & Dibasahi Air Banjir, Ini Jawapan Dr Zulkifli
Sumber: James Yip