Khairul Aming ‘Turun Padang’, Agih Bantuan Makanan Untuk Mangsa Banjir Di Kelantan
Khairul Aming merupakan seorang pempengaruh ternama tanah air yang tidak perlu diperkenalkan lagi.
Memilik puluhan juta pengikut yang terkumpul di pelbagai platform media sosial menjadi tanda gerak-gerinya sentiasa menjadi perhatian orang ramai.
Terbaru menerusi hantaran @Khairul Aming di laman X, beliau kini berada di Kota Bharu, Kelantan untuk mengagihkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di negeri kelahirannya.
Difahamkan, beliau terlebih dahulu mengedarkan makanan-makanan kepada penduduk di Pasir Mas pada petang tadi, sebelum menghantar barang keperluan asas menggunakan lori pada esok hari.
“Ada ribuan mangsa yang tidak cukup keperluan sekarang ini”
“Pekerja saya akan beli dan menyediakan barang-barang keperluan asas dan esok kita akan hantar dengan lori ke PPS,” ujar hantaran itu.
Dalam pada itu, Khairul Amin berkata pihaknya turut memerlukan bantuan segera terdiri daripada beberapa barang keperluan asas untuk diagihkan kepada mereka yang memerlukan.
@khairulamingfans_ Alhamdulillah misi kedua bantuan banjir harini ke SK Kangkong, Pasir Mas. Terima kasih kepada semua yang menyumbang barangan keperluan, yang membantu dari petang hingga ke malam. Moga diluaskan rezeki kalian semua aamiin 🤲🏻 @Khairulaming #khairulaming #khairulamingfans #banjir2024 #banjirkelantan #misibantuanbanjir #pasirmas
Katanya, buat masa ini ada ribuan mangsa tidak cukup keperluan asas tersebut.
“Sesiapa yang tinggal di kawasan Kota Bharu yang mempunyai roti, air mineral, pad, makanan dalam pek, selimut atau mana-mana keperluan asas yang boleh sedekah dengan segera.
“Mohon datang dan letakkan di kedai Nasi Berlauk Sudin di Sri Cemerlang,” ujar beliau lagi.
https://x.com/khairulaming/status/1862394781768589676
Jumlah mangsa banjir di beberapa negeri meningkat di Kelantan
Menurut Bernama, hujan berterusan menyebabkan jumlah mangsa banjir di beberapa negeri meningkat mendadak dengan Kelantan mencatatkan jumlah tertinggi.
Seramai 59,232 orang telah dipindahkan ke 221 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pagi ini, berbanding 50,947 orang di 207 PPS malam tadi.
Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat melaporkan jajahan Pasir Mas masih mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 22,156 orang di 53 PPS, diikuti Tumpat (8,434 mangsa, 17 PPS); Kota Bharu (5,944 mangsa, 31 PPS); Kuala Krai (5,253 mangsa, 39 PPS); Tanah Merah (4,366 mangsa, 26 PPS) dan Bachok (2,844 mangsa, lapan PPS).
@nadia_mesliv Influencer role model Khairul Aming dtg tlg sek kito.. yg mana nk bantuan banjir buley dm
Jajahan lain yang turut terkesan dengan bencana ialah Pasir Puteh (4,956 mangsa, 21 PPS); Machang (4,395 mangsa, 20 PPS); Jeli (838 mangsa, lima PPS) dan Gua Musang (46 mangsa, sebuah PPS).
BACA: Dua Beradik Maut, Seorang Cedera Insiden Tanah Runtuh Di Kuala Berang
BACA: Youtuber Terkenal Mati Kesejukan Akibat Salji Tebal Ketika Buat “Content” Sendirian Dalam Hutan
Sumber: @khairulaming via X