Terkini

Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
sungai kelantan melimpah
Kredit: Bernama

Air Sungai Kelantan Melimpah Ke Bandar Kota Bharu – Polis

Azizah Najib

Air Sungai Kelantan Melimpah Ke Bandar Kota Bharu – Polis

PASIR MAS, 30 November (Bernama) — Bandar Kota Bharu sudah dinaiki air sedalam kira-kira dua meter berikutan air Sungai Kelantan di Tambatan D’Raja yang melimpah sejak 12 tengah malam tadi dan menunjukkan trend menaik.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata polis sedang melakukan persediaan untuk memindahkan mangsa banjir sekiranya menjejaskan pusat pemindahan sementara (PPS) sedia ada.

“Limpahan air sungai berlaku kerana air pasang di tempat lain dan bertembung dengan air Sungai Kelantan,” katanya dalam sidang media khas di Pusat Kawalan Operasi Bencana di Balai Polis Repek di sini hari ini.

“Jika kita melihat keadaan sungai ini semakin hari semakin melimpah dan merebak ke kawasan lain yang memberi kesan kepada Kota Bharu dan Tumpat,” katanya.

BACA: Banjir: Kanak-Kanak Lelaki Berusia Setahun Maut Ditemukan Lemas Di Tumpat

Sementara itu, Mohd Yusoff mengingatkan bahawa bencana banjir bukanlah pesta air untuk orang ramai berseronok dan mandi-manda.

“Sekali lagi saya mengingatkan ibu bapa supaya sentiasa berwaspada dan mengawasi anak-anak mereka di musim banjir ini. Kita tidak pasti ada lubang, parit, longkang dan sebagainya,” katanya.

Tinjauan Bernama di pusat bandar Kota Bharu petang ini mendapati kebanyakan jalan sudah dinaiki air susulan limpahan air dari Sungai Kelantan.

Beberapa laluan utama di Kota Bharu juga terjejas dan tidak boleh dilalui kenderaan buat sementara waktu.

BACA: Hujan Berterusan Di Kelantan, Terengganu Dan Perak Hingga Esok – MetMalaysia

BACA: Pandu Ikut Aplikasi Navigasi, 3 Maut Selepas Kereta Terjunam Dari Jambatan

Sumber: Bernama