Siakap Keli
Kredit: Bernama

Hujan Berterusan Di Kelantan, Terengganu Dan Perak Hingga Esok – MetMalaysia

Hujan Berterusan Di Kelantan, Terengganu Dan Perak Hingga Esok – MetMalaysia

KUALA LUMPUR, 30 November (Bernama) — Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan hingga esok di Kelantan, Terengganu dan Perak.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka berlaku di Kelantan khususnya di Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang di Terengganu juga diramal mengalami hujan lebat berterusan dalam tempoh sama.

Hujan berterusan tahap waspada dijangka berlaku di Perak (Hulu Perak), Kelantan (Gua Musang) dan Terengganu (Dungun dan Kemaman).

BACA: Pandu Ikut Aplikasi Navigasi, 3 Maut Selepas Kereta Terjunam Dari Jambatan 

BACA: Hanya Mampu Berzikir Tengok Rumah Roboh Depan Mata Akibat Banjir

BACA: Keadaan Banjir Semakin Buruk, Mangsa Banjir Kini Lebih 120,000

Sumber: Bernama

Azizah Najib

Menulis tanpa henti