Siakap Keli
lapangan terbang kuala lumpur
Kredit: Bernama

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Di Ranking Pertama Prestasi Global Bagi Kualiti Perkhidmatan

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Di Ranking Pertama Prestasi Global Bagi Kualiti Perkhidmatan

KUALA LUMPUR, 4 Disember (Bernama) — Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berada di kedudukan pertama daripada 355 lapangan terbang yang disenaraikan dalam ranking Prestasi Kualiti Perkhidmatan Lapangan Terbang (ASQ) Global.

Menurut “ASQ Departures Passenger Satisfaction Report: KUL Benchmark Performance” Suku Ketiga 2024 oleh Majlis Lapangan Terbang Antarabangsa (ACI), KUL mencapai skor sempurna 5.00 berdasarkan skala satu (lemah) hingga lima (cemerlang).

Prestasi KUL itu juga mengatasi skor kepuasan keseluruhan bagi Purata ASQ Global pada 4.32.

BACA: Persatuan Kartografi Melaka Jejaki Batu Sempadan Berusia Lebih 100 Tahun

Lapangan terbang itu memperoleh skor 5.00 dalam beberapa kategori, mengatasi skor kepuasan keseluruhan bagi Purata Panel Kastam iaitu 4.88, skor kepuasan keseluruhan bagi Purata Asia-Pasifik (4.77) dan skor kepuasan keseluruhan bagi purata lapangan terbang yang mengendalikan lebih 40 juta penumpang setiap tahun (4.42).

Menurut laporan itu KUL juga menduduki tempat pertama daripada 20 lapangan terbang bagi Purata Panel Kastam (1/20), Purata Asia-Pasifik (1/100) dan Purata Lebih 40 juta Penumpang (1/41).

BACA: Wanita Rusia Maut Selepas Dihanyutkan Ombak Besar Ketika Duduk Tepi Pantai

Bagi pengalaman keseluruhan, KUL mengekalkan skor sempurna 5.00, mengatasi Purata ASQ Global (4.19), Purata Panel Kastam (4.79), Purata Asia-Pasifik (4.65) dan Purata Lebih 40 Juta Penumpang (4.31).

Kaji selidik yang dijalankan antara 1 Julai hingga 12 Sept 2024 itu meliputi maklum balas daripada 352 penumpang berumur 16 tahun ke atas.

Secara keseluruhan, 355 lapangan terbang menyertai “ASQ Departures Main Programme” pada suku ketiga 2024.

BACA: Khabib Gym Bakal Dibuka Di Johor – Onn Hafiz

Sumber: Bernama

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: