Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Lelaki 20-an Ditahan Bantu Siasatan Kematian Ibunya

Iqbal Yasir
Lelaki Ditahan Kematian Ibunya
Gambar: Bernama

Lelaki 20-an Ditahan Bantu Siasatan Kematian Ibunya

KLUANG, 4 Dis (Bernama) — Seorang lelaki berumur lingkungan 20-an ditahan polis berhubung kematian seorang wanita berusia 50-an, dipercayai ibunya, di Felda Ayer Hitam, Sri Lalang di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kluang ACP Bahrin Mohd Noh berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berhubung kejadian itu pada 10.45 pagi.

“Orang awam memaklumkan terdapat seorang wanita tempatan ditemukan dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri. Terdapat kesan tikaman di belakang badan mangsa. Suspek dipercayai menggunakan pisau.

“Wanita berkenaan kemudian dibawa ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom di sini dan disahkan telah meninggal dunia oleh pegawai perubatan sebaik tiba di hospital berkenaan,” menurutnya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata pihaknya kemudian menahan seorang lelaki di lokasi kejadian pada kira-kira 11 pagi dan siasatan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah selain ujian urin adalah negatif.

Bahrin berkata suspek akan direman esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber: Bernama

BACA: Lebih 300,000 Mangsa Dipindahkan, Ini Sejarah Banjir Tahun 2014

BACA: Luruan Monsun Dari 8 Hingga 14 Disember Di Timur Semenanjung – METMalaysia