Macam Anaconda, Penduduk Nampak Kelibat Ular Sawa Ketika Banjir
Seperti yang diketahui, musim tengkujuh kali ini telah menyebabkan bencana banjir di beberapa buah negeri di Malaysia termasuklah Kelantan, Kedah, Pahang, Johor, Melaka, Perlis dan Terengganu.
Bencana alam banjir yang sedang melanda berikutan Monsun Timur Laut mengakibatkan beberapa negara turut terjejas. Ada yang terpaksa berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS), ada juga yang tidak terkesan secara langsung.
Difahamkan, antara negara yang paling terkesan dengan banjir adalah Thailand.
Menurut laporan media, jumlah korban akibat banjir besar di selatan Thailand meningkat kepada 29 orang, dengan lebih 30,000 penduduk terpaksa berpindah dari kediaman mereka.
Lima wilayah terjejas, termasuk Pattani, Narathiwat, Songkhla, Nakhon Si Thammarat, dan Phatthalung, melibatkan lebih 155,000 isi rumah.