Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
5 Peristiwa Banjir Terburuk
Kredit: History.com
Tiada Kategori

Ada Yang Ragut Hingga Jutaan Nyawa, Ini 5 Peristiwa Banjir Terburuk Dunia

Athirah

Ada Yang Ragut Hingga Jutaan Nyawa, Ini 5 Peristiwa Banjir Terburuk Dunia

Hujan lebat berterusan yang berlaku beberapa hari lepas menyaksikan beberapa negeri terpaksa berdepan dengan situasi banjir buruk.

Bencana yang berlaku itu turut menyebabkan lebih 100,000 orang penduduk terjejas dan terpaksa dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Antara yang terjejas teruk dengan kejadian banjir kali ini adalah negeri-negeri di Pantai Timur, khususnya Kelantan.

Begitupun, bencana banjir yang berlaku ini bukanlah perkara asing dan terjadi di seluruh dunia. Malah, dalam rekod tamadun purba pun ada menunjukkan bencana banjir pernah berlaku di zaman berkenaan.

Malah, kita juga tidak dapat menolak bahawa banjir merupakan antara bencana alam yang paling dahsyat pernah dihadapi manusia.

Bencana tersebut bukan sahaja boleh memusnahkan infrastruktur, malah boleh melumpuhkan komuniti dan meragut nyawa dalam jumlah yang tidak dapat dibayangkan.

Justeru, kali ini kami ingin berkongsi dengan anda lima kejadian banjir terburuk yang pernah berlaku dalam lipatan sejarah manusia.

Banjir di tengah China

Menurut History.com, bencana yang berlaku pada tahun 1931 kekal sebagai salah satu banjir paling dahsyat yang pernah direkodkan dalam sejarah.

Pencairan salji, ditambah dengan fenomena hujan lebat serta sekurang-kurangnya tujuh kejadian ribut siklon dipercayai menjadi punca kepada kejadian banjir paling memusnahkan dalam sejarah China itu.

Ribuan penduduk dilapor terkorban pada peringkat pemulaan banjir berkenaan. Bagaimanapun, angka yang maut terus bertambah disebabkan kebuluran dan penularan wabak penyakit seperti taun, demam kepialu dan penyakit disentri.

Secara keseluruhan, dianggarkan kira-kira 3.7 juta orang penduduk China maut dalam banjir berkenaan.

Banjir Perang Jepun-China

Bukan semua banjir disebabkan berpunca daripada bencana alam dan itulah yang berlaku semasa Perang Jepun-China Kedua pada 1938.

Menurut History.com, Tentera Nasional Jepun bertindak merosakan beberapa kawasan tebing Sungai Kuning dan menggunakan aliran air untuk menjejaskan pergerakan Tentera Jepun.

Ketika itu, mereka berharap taktik berkenaan akan menghalang pihak lawan mendapat akses ke atas laluan kereta api dan memperlahan kemaraan ke arah barat.

Bagaimanapun, tindakan itu sebaliknya menjadi pencetus kepada bencana yang tidak dapat dibayangkan.

Salah satu kawasan sungai yang dirosakan menyebabkan air mengalir deras ke kawasan penempatan penduduk di Henan, Anhui dan Jiangsu.

Dianggarkan kira-kira 4 juta penduduk terpaksa dipindahkan dan lebih 800,000 lagi maut akibat lemas, kebuluran dan penyakit yang berpunca daripada banjir tidak dijangka itu.

Banjir ‘Grote Mandrenke’

Banjir St. Marcellus, yang dikenali secara meluas sebagai Grote Mandrenke atau bermaksud manusia lemas besar-besaran telah berlaku pada Januari 1362.

Selain itu, ribut Laut Utara yang melanda sebahagian Eropah adalah punca bencana maut ini.

Walaupun England adalah yang pertama terkena kesan ribut ini, Belanda, Jerman, dan Denmark mengalami kerosakan yang lebih teruk.

Antara 25,000 dan 100,000 orang dilaporkan mati lemas akibat banjir berkenaan.

Manakala di negara rendah yang berada di bawah paras atau di paras laut, hakisan akibat banjir mengubah garis pantai secara kekal dan melenyapkan seluruh pulau di negara itu.

Banjir Johnstown, Pennysylvania

Banjir Johnstown berlaku pada 31 Mei 1889 yang mengakibatkan empangan di Tasik Conemaugh, Pennsylvania telah pecah disebabkan oleh hujan lebat.

Empangan membebaskan kira-kira 16 juta tan air ke kawasan penempatan awam.

Ia turut memusnahkan kira-kira 1,600 bangunan dan lebih 2,200 orang maut dan ramai yang cedera serta kehilangan tempat tinggal.

Difahamkan, sebuah kelab pemburuan dan nelayan telah dipersalahkan kerana tidak menyelenggara empangan berkenaan dengan baik.

Banjir Lembah Indus, India

History.com berkata, banjir yang melanda Lembah Indus pada tahun 1841 telah menyebabkan kemusnahan dahsyat berlaku, walaupun tiada kemalangan jiwa dicatatkan.

Bencana alam itu difahamkan berpunca daripada gempa bumi yang mencetuskan tanah runtuh besar-besaran di lereng Nanga Parbat, puncak Himalaya yang terletak di kawasan yang kini dikenali sebagai Pakistan.

Tanah runtuh menyebabkan batuan dasar menghalang aliran Sungai Indus, mewujudkan empangan semula jadi sedalam 152 meter.

Empangan itu akhirnya pecah, membebaskan air dianggarkan berjumlah 540,000 meter padu dan menyebabkan gelombang besar setinggi 30 meter.

BACA: Penduduk Kongsi Keadaan Jalan Rosak Teruk Selepas Dilanda Banjir

Sumber: History.com