Terkini

Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Jalan Raya Rosak Teruk
Kredit: Kelantan info semasa via Facebook
Tiada Kategori

Penduduk Kongsi Keadaan Jalan Rosak Teruk Selepas Dilanda Banjir

Athirah

Penduduk Kongsi Keadaan Jalan Rosak Teruk Selepas Dilanda Banjir

Umum sudah pun maklum bahawa negara sedang dilanda bencana banjir membabitkan negeri Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Negeri Sembilan, Selangor, Melaka dan Johor.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, kejadian banjir berlaku antaranya disumbangkan oleh hujan lebat berterusan yang turun di kawasan-kawasan yang terjejas.

Keadaan itu menyebabkan paras air di beberapa buah naik melebihi paras bahaya dan melimpah sehingga ke kawasan penempatan manusia.

Manakala menerusi laporan media pula, Kelantan menjadi negeri yang paling terjejas dengan kejadian banjir kali ini.

Ia menyaksikan lebih 90,000 orang mangsa terpaksa dipindahkan ke lebih 200 buah PPS yang dibuka di seluruh negeri itu.

Jalan raya rosak teruk akibat tekanan banjir yang kuat

Dalam pada itu, beberapa video yang menujukkan keadaan selepas banjir melenda negeri tersebut menjadi tular di media sosial.

Menerusi video yang dikongsikan oleh warga maya, antara kerosakan utama yang jelas kelihatan tentunya permukaan jalan berturap di beberapa buah kampung yang hampir musnah.

Kerosakan tersebut dipercayai disumbangkan oleh tekanan dan arus deras air banjir yang melanda kawasan berkenaan.

Difahamkan, kejadian yang berlaku pada tahun ini telah disifatkan sebagai yang terburuk pernah berlaku di kawasan berkenaan.

Selain kerosakan pada permukaan jalan, antara kerosakan lain yang dapat dilihat adalah kemusnahan pada kediaman penduduk setempat.

Kos baiki jalan terjejas banjir di Kalantan dianggar RM22.5 juta

Menurut Bernama, kos membaiki jalan persekutuan dan jalan negeri terjejas akibat banjir di Kelantan dianggar bernilai RM22.5 juta, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.

Beliau berkata bagi jalan persekutuan terdapat 12 lokasi terjejas banjir yang mengakibatkan lapan tanah runtuh, dua bahu jalan runtuh dan dua jalan mendap yang memerlukan kos pembaikan dianggar RM16 juta.

“Bagi jalan negeri, terdapat empat lokasi terjejas mengakibatkan dua jalan runtuh, satu bahu jalan rosak dan satu jalan mendap dengan anggaran kos pembaikan RM6.5 juta,” katanya kepada pemberita di Pejabat Jabatan Kerja Raya negeri di sini hari ini.

Ahmad berkata peruntukan akan diusahakan melalui peruntukan tambahan menerusi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) atas sebab kerosakan akibat bencana dan sesuatu kerosakan lazimnya mengambil masa tiga bulan untuk diperbaiki.

“Banjir ada gelombang… gelombang satu, dua dan tiga. Kita terpaksa tunggu dan lihat dalam masa beberapa minggu dikhuatiri apabila kita baiki awal, berlaku lagi banjir,“ katanya.

Ahmad berkata Monsun Timur Laut yang melanda tahun ini tidak menjejaskan kemajuan projek utama di negeri ini seperti Jalan Lingkaran Tengah Utama (LTU) dan Jalan Kota Bharu-Kuala Krai.

BACA: “Niat Nak Bagi Insaf Sikit,” Kucing Kelabu Sebak Tengok ‘Kawan-kawan’ Jadi Mangsa Banjir

Sumber: Facebook