“Niat Nak Bagi Insaf Sikit,” Kucing Kelabu Sebak Tengok ‘Kawan-kawan’ Jadi Mangsa Banjir
Kucing, haiwan peliharaan yang menjadi peneman manusia sekian lama sejak zaman purba lagi. Keletah si comel berbulu yang manja pasti mampu menawan hati sesiapa sahaja.
Jadi, tak hairanlah kita semua mudah jatuh cinta dengan kucing dan tak menolak untuk memelihara haiwan ini jika ada kesempatan, kan?
Setiap aksi dan gerak-geri kucing sering membuatkan manusia terhibur. Ada sahaja yang ingin ia lakukan untuk menarik perhatian tuannya.
Namun di sebalik ‘kenakalan’ mereka, kucing juga boleh berasa sedih tetapi perasaan itu tidak dapat ditunjukkan melalui ekspresi wajah atau pun linangan air mata.
Kucing sedih tengok rakan-rakan jadi mangsa banjir
Begitu jugalah situasi yang berlaku apabila seekor kucing berwarna kelabu sedang menonton satu video di media sosial yang tular baru-baru ini.
Menerusi video yang dikongsikan oleh pengguna TikTok, @hanieyyy02, haiwan berkenaan dilihat khusyuk menonton video mengenai ‘rakan-rakan’ satu spesies yang turut menjadi mangsa banjir.
Video berdurasi 1:02 minit turut memaparkan mata kucing tersebut tidak berkedip, seolah-olah berasa sayu dan memahami situasi yang dihadapi oleh haiwan-haiwan malang itu.
Dalam pada itu, @hanieyyy02 sempat bergurau apabila menjadikan video itu sebagai ‘peringatan’ kepada kucing berkenaan supaya insaf seketika serta tidak menjadi ‘derhaka’ kepada tuannya sendiri.
“Sorry Amier… awak beruntung tidur bilik aircond, makan ayam seketul hari-hari. Lepas ini harap insaf la tak ada derhaka gigit tangan kaki mommy lagi…”, gurau @hanieyyy02.
Video berkenaan mendapat 1.2 juta tontonan setakat ini
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok berasa terhibur dengan video yang dikongsikan oleh @hanieyyy02.
Pada masa yang sama, ada juga yang sempat bergurau untuk kurangkan had bermain telefon supaya kucing itu tidak menjadi ‘ketagih’. Malah ada yang turut berkongsi keletah kucing peliharaan mereka yang mencuit hati, sekaligus memeningkan kepala.
“Mungkin lepas ni dah insaf. Jadi lebih baik nanti,” komen seorang wargamaya.
“Saya tunjuk kat kucing saya, tiba-tiba kena rasuk berlari sana, panjat sana, terjun sana… Saya salah video ke?” komen seorang lagi wargamaya.
BACA: “Makan Orang Pun Boleh Ni”, Ular Sawa Besar & Panjang Jatuh Dari Siling Rumah
@hanieyyy02 Sorry amier.. awk tu beruntung tidur bilik aircond makan ayam hari2 seketul…lepas ni harap insaf la x de derhaka gigit tangan kaki mommy lg..😌
Sumber: @hanieyyy02 via TikTok