Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
sini banyak lembu
Kredit: @alipgelis via TikTok
Tiada Kategori

“Sini Banyak Lembu…”, Pemandu Terpaksa Guna LED Bagi Amaran Kereta Belakang

Athirah

“Sini Banyak Lembu…”, Pemandu Terpaksa Guna LED Bagi Amaran Kereta Belakang

Banyak perkara perlu diambil kira ketika memandu kerana hanya dengan sedikit kealpaan sahaja, boleh mengundang malapetaka yang tidak diinginkan.

Lebih-lebih lagi ketika anda memandu di jalan atau kawasan yang tidak biasa anda lalui sebelum ini. Ada sahaja situasi tidak terduga boleh berlaku seperti halangan pada selekoh atau haiwan peliharaan melintas.

Jika situasi-situasi di atas berlaku dan anda berada dalam kelajuan tinggi, kemalangan mungkin tidak dapat dielakkan. Apatah lagi jika situasi berkenaan berlaku pada waktu malam yang dimana jarak penglihatan adalah terhad.

Individu pasang lampu LED dengan paparan pesanan pada cermin kereta

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok, @alipgelis yang memperlihatkan situasi pemanduan waktu malam ketika mengekori sebuah kereta.

Menariknya dalam video tersebut, dapat dilihat inisiatif oleh pemandu kereta tersebut menambah aksesori pada bahagian cermin belakang untuk keselamatan pemandu lain.

Pemilik kereta berkenaan sebenarnya menambah paparan LED yang boleh memancarkan pesanan khas kepada pengguna jalan di belakangnya.

Menerusi paparan tersebut, pemandu itu memberitahu terpaksa memandu perlahan kerana terdapat risiko yang boleh menyebabkan kemalangan berlaku.

“Maaflah kalau saya bawa (kereta) perlahan, sini banyak lembu. Maaf ye,” ujar pemandu kereta tersebut kepada @alipgelis.

“Lain macam teknologi sekarang”

Lampu LED ini bukan sahaja membantu orang ramai, ia juga dikatakan membolehkan pemandu lain sentiasa berwaspada dengan keadaan jalan.

Dalam pada itu, @alipgelis turut mengucapkan terima kasih kerana memberi pesanan yang membuatkan dia memandu secara perlahan-lahan untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

“Nampak macam lawak, tapi ini satu bentuk kesedaran yang sangat berguna”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok memuji inisiatif berkenaan kerana ia mampu menyelamatkan nyawa-nyawa pemandu yang lain.

Pada masa sama, ada yang berhasrat untuk menggunakan lampu LED untuk memberi peringatan kepada pemandu lain agar memandu dengan berhati-hati.

“Aksesori yang membantu dan boleh mencegah kemalangan jika ada halangan bahaya di hadapan,” komen seorang wargamaya.

“Mana nak beli? Sebab nak bagitahu bawa slow sebab kena bebel dengan bini bawa laju,” komen seorang lagi wargamaya.

BACA: Ada Yang Ragut Hingga Jutaan Nyawa, Ini 5 Peristiwa Banjir Terburuk Dunia

BACA: Mahkamah Vietnam Kekal Hukuman Mati Terhadap Taikun Hartanah Berhubung Penipuan $12 Bilion

Sumber: @alipgelis via TikTok