Siakap Keli
Piala Mitsubishi Pau Marti
Gambar: Bernama

“Piala Mitsubishi Electric ASEAN 2024 tugasan terakhir saya” – Pau Marti

“Piala Mitsubishi Electric ASEAN 2024 tugasan terakhir saya” – Pau Marti

KUALA LUMPUR –– Ketua jurulatih Harimau Malaya, Pau Marti Vicente memaklumkan kempen Piala Mitsubishi Electric ASEAN 2024 bakal menjadi tugas terakhirnya bersama skuad negara.

“Saya ingin memaklumkan bahawa Piala Mitsubishi Electric ASEAN 2024 akan menjadi tugasan terakhir saya sebagai ketua jurulatih Harimau Malaya,” katanya.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), keputusan ini merupakan sebahagian daripada penstrukturan semula FAM.

Dalam pada itu, Pau berkata pengganti kerusi panas itu bakal memimpin skuad negara untuk kempen Kelayakan Piala Asia 2027 bermula tahun depan.

“Ketua jurulatih dan barisan kejurulatihan Harimau Malaya yang baharu akan dilantik untuk kempen Kelayakan Piala Asia 2027 mulai tahun depan.

“Berikutan itu, saya dan barisan kejurulatihan akan menamatkan perkhidmatan kami bersama skuad Harimau Malaya pada akhir kempen Piala Mitsubishi Electric ASEAN,” ujarnya.

Sepanjang bersama skuad negara, Pau meluahkan ia merupakan satu momen yang tidak dapat dilupakan dalam hidupnya.

“Adalah satu yang menyeronokkan untuk meneruskan perjalanan ini bersama-sama, kerana kami telah mengharungi tiga tahun yang menakjubkan di Malaysia yang dipenuhi dengan kenangan yang tidak dapat dilupakan.

“Walaupun ia tidak akan mungkin, Pasukan Kebangsaan kita akan terus bermain untuk mempertahankan maruah Malaysia.

“Saya mahu pemain, terutamanya prospek muda menikmati kejohanan ini dan suasana luar biasa di Bukit Jalil bersama penyokong kami.

“Mendapat sokongan mereka akan menjadi penghargaan terbesar kepada kami. Saya memberi jaminan bahawa penyokong akan menikmati aksi pasukan dalam kejohanan terakhir kami ini.

“Marilah kita bersama-sama dan berikan yang terbaik untuk pasukan ini,” katanya lagi

Pau Marti Vicente Dilantik Pengendali Baharu Harimau Malaya

Pada Ogos lalu, Pau Marti Vicente dilantik sebagai ketua jurulatih baharu Harimau Malaya hingga hujung tahun 2024.

Difahamkan, pelantikan itu berkuat kuasa hingga kempen Piala AFF 2024 yang akan berlangsung Disember ini, menurut Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Noor Azman Rahman.

“Pihak pengurusan FAM telah membuat penstrukturan semula kontrak semasa Pau Marti dan bersetuju untuk beliau kini memegang jawatan sebagai Ketua Jurulatih sehingga selesai kempen AFF 2024.

“Kedudukan sama ada Pau Marti akan diberi tanggungjawab ketua jurulatih akan diputuskan kemudian oleh pihak pengurusan FAM berdasarkan situasi semasa,” ujarnya dalam sidang media.

https://www.facebook.com/FAMalaysiaOfficial/posts/1283109316095635?rdid=4ZRMOiY6r6YI4pxO#

Sumber: FAM

BACA: Ribut Petir, Hujan Lebat Di Kebanyakan Negeri

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.