Maritim Malaysia Tahan Bot Tunda, Kapal Disyaki Pindah Minyak Secara Haram
SHAH ALAM, 6 Disember (Bernama) — Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor menahan sebuah bot tunda dan kapal tangki minyak dipercayai sedang melakukan pemindahan minyak secara haram di sekitar perairan Kapar dekat sini, pagi tadi.
Pengarah Maritim Selangor Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata dalam rondaan pada 4.25 pagi tadi, pihaknya mengesan dua kapal yang merapat antara satu sama lain dalam keadaan mencurigakan di sekitar 0.7 batu nautika barat daya Kapar.
BACA: Penghantar Makanan Maut Dirempuh Ketika Berhenti Di Lampu Isyarat
“Hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua kapal sedang melakukan pemindahan minyak secara kapal ke kapal tanpa kebenaran yang sah.
“Kedua-dua kapal tersebut ditahan, manakala dua Master dan dua ketua jurutera masing-masing daripada bot tunda dan kapal tangki tersebut dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin, Pulau Indah untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata pemeriksaan terhadap kru kapal meliputi warga Myanmar dan Indonesia berusia antara 22 tahun hingga 53 tahun mendapati kesemua mereka memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.
Kes disiasat di bawah Seksyen 491B(1)(K), Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 (MSO) bagi kesalahan melakukan aktiviti kapal ke kapal tanpa kebenaran.
BACA: “Ingatkan Tersesat Jalan,” Tindakan Lelaki Ini Tahan Kereta Polis Undang Sebak
BACA: RUU Majlis Media Malaysia Dilulus Jemaah Menteri, Dibentang Minggu Depan – Fahmi
Sumber: Bernama