Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
bayi 2025 generasi beta
Gambar AI

Era Gen Alpha Tamat, Bayi Lahir Bermula Tahun 2025 Akan Digelar Generasi Beta

Athirah

Era Gen Alpha Tamat, Bayi Lahir Bermula Tahun 2025 Akan Digelar Generasi Beta

Detik tengah malam pada 1 Januari 2025 nanti bukan sahaja menjadi petanda kehadiran tahun baru, sebaliknya turut menyaksikan era generasi seterusnya akan bermula.

Menurut ABC News, tahun 2025 akan menjadi penamat kepada Generasi Alpha dan permulaan kepada generasi baru yang dikenali sebagai Generasi Beta.

Generasi baru berkenaan melibatkan kohort bayi atau mereka yang dilahirkan antara tengah malam 1 Januari 2025 dan tengah malam 31 Disember 2039.

Difahamkan, Generasi Beta menjadi generasi ketujuh sejak penamaan generasi bermula pada 1901, dengan generasi pertama dikenali sebagai Greatest Generation.

Generasi secara tipikal didefinasikan sebagai satu kumpulan manusia yang berkongsi pengalaman kebudayaan, sosial dan sejarah yang sama dalam satu tempoh masa yang spesifik.

Bayi Generasi Beta lahir bermula 1 Januari 2025

Biasanya, pembentukan generasi juga dipengaruhi dengan perisitiwa-peristiwa besar yang berlaku dan perkembangan pesat teknologi semasa.

Ia kemudian menyaksikan generasi yang lahir dalam satu tempoh yang sama ini cenderung untuk berkongsi sikap, nilai-nilai hidup dan tingkah laku yang hampir serupa.

Menariknya, penamaan generasi ini akan membolehkan kita untuk melihat bagaimana kelompok yang lahir dalam era yang sama berinteraksi dengan dunia.

Pada masa yang sama, kita juga dapat mencerap bagaimana pengalaman yang sama dikongsi yang oleh satu kohort generasi dapat menyumbang kepada perkembangan masyarakat dari semasa ke semasa.

BACA: Lebih Pantas Dari Kapal Terbang, China Bangunkan Kereta Api Mampu Bergerak 1000 kmj

Berikut adalah tiga generasi terdahulu sebelum Generasi Beta:

Generasi Alpha (lahir 2010-2024)

Secara umumnya, kebanyakan Generasi Alpha adalah anak-anak kepada ibu bapa Generasi Milenial dan ahli tertua dalam generasi berkenaan kini berusia 14 tahun.

Membesar dalam era serba-serbi adalah digital dan dunia yang dipacu dengan teknologi, Generasi Alpha diramal menjadi generasi paling besar dalam sejarah, iaitu dengan anggaran populasi kira-kira 2 bilion orang.

Generasi Z (lahir 1997-2009)

Generasi Z membesar dalam dunia di mana teknologi dan maklumat memain peranan besar dalam kehidupan mereka.

Selain itu, Generasi Z juga membesar dan dibentuk oleh satu peristiwa besar iaitu bagaimana pandemik yang melanda dunia boleh meruntuhkan ekonomi global.

Sebagai antara generasi yang terkesan teruk, pandemik tersebut mungkin akan menyebabkan mereka mengambil pendekatan yang lebih berhati-hati ketika membuat keputusan, terutamanya melibatkan soal kewangan.

Generasi Milenial atau Y (lahir 1981-1996)

Menurut ABC News, Generasi Y adalah generasi yang berbeza sepenuhnya daripada dua generasi sebelum (Generasi X & Baby Boomers) dalam banyak perkara.

Generasi ini dikatakan berusaha menghadapi cabaran dunia dengan sikap optimis dan lebih berdikari. Selain itu, mereka juga mempunyai keinginan untuk menjadikan dunia ini tempat yang lebih baik dan selesa hidup secara komuniti.

Apabila menjadi ibu bapa, Generasi Y mempunyai pendekatan yang jauh berbeza berbanding ibu bapa generasi sebelumnya.

Mereka cenderung untuk menerapkan cara baru dalam mendidik anak dan tidak terikut-ikut dengan cara mereka dibesarkan.

Sumber: ABC News