Siakap Keli
Kredit: AFP

Perlawanan Everton Vs Liverpool Terpaksa Ditangguhkan 

Perlawanan Everton Vs Liverpool Terpaksa Ditangguhkan 

Perlawanan Merseyside Derby antara pasukan bola sepak Everton dan pasukan utama Liga Premier, Liverpool terpaksa ditangguhkan akibat ancaman cuaca buruk berikutan Ribut Darragh, lapor AFP.

Gangguan perjalanan yang meluas berlaku apabila angin kencang dan hujan lebat yang melanda beberapa bahagian di barat United Kingdom (UK).

Dalam satu kenyataan, Everton mengesahkan penundaan perlawanan tersebut atas sebab keselamatan. Perkara tersebut diputuskan setelah perbincangan diadakan antara kedua-dua kelab, pihak polis tempatan dan Majlis Bandaraya Everton.

BACA: Hujan Lebat, Ribut Petir Dijangka Landa 6 Negeri

“Walaupun kami tahu perkara ini bakal mengecewakan penyokong, namun keselamatan peminat, kakitangan dan pemain lebih penting,” katanya.

Difahamkan, perlawanan tersebut bakal menjadi derby Merseyside terakhir dalam liga tersebut yang berlangsung di Taman Goodison, Everton sebelum kelab tersebut berpindah ke stadium baru berkapasiti 53,000 musim hadapan. Stadium itutelah menjadi rumah kepada kelab tersebut semenjak 1892.

Setakat ini, Liverpool mendahului Liga Premier dengan tujuh mata selepas 14 perlawanan musim ini.

BACA: Lebih 10,000 Penyakit Bawaan Air Dikesan Di Enam Negeri Terjejas Banjir – Dzulkefly

Terdahulu, perlawanan antara kelab bola sepak Plymouth dan Cardiff pada Jumaat turut ditunda berikutan amaran cuaca tahap merah yang jarang berlaku. Amaran tersebut dikeluarkan oleh pejabat MET UK.

Menurut BBC, Ribut Darragh telah menyebabkan beberapa acara sukan terjejas pada hujung minggu ini. Selain perlawanan Cardiff dan Plymouth, perlawanan antara Bristol Rovers dan Bolton Wanderers bagi Liga Satu turut ditangguhkan.

Bagi mengelakkan keadaan bahaya ketika Ribut Darragh, orang ramai yang berada di beberapa bahagian Wales dan barat daya England turut dinasihati agar berada di rumah. Dilaporkan, puluhan ribu rumah di selatan Wales dan barat England terputus bekalan elektrik berikutan ribut ini.

BACA: Gelombang Kedua Banjir Diramal Bermula Esok, Pahang & Johor Antara Dijangka Terjejas

Sumber: AFP, BBC

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.