Terkini

Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Amaran angin kencang perairan malaysia
Gambar: Bernama
Tiada Kategori

Amaran Angin Kencang Dan Laut Bergelora Di Perairan Malaysia Bermula Hari Ini – METMalysia

Iqbal Yasir

Amaran Angin Kencang Dan Laut Bergelora Di Perairan Malaysia Bermula Hari Ini – METMalysia

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora Kategori Pertama dan Kategori Kedua di perairan Malaysia bermula hari ini hingga 12 Disember (Khamis).

Kategori Pertama

Dalam kenyataan tersebut, amaran Kategori Pertama dijangka berlaku kawasan perairan Condore, timur laut dan barat daya Reef North.

Manakala di kawasan perairan Tioman dan Bunguran diramal berlaku pada Selasa hingga Khamis ini.

Amaran Kategori Pertama ini membawa angin berkelajuan 40-50 kilometer sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter.

Kategori Kedua

Dalam pada itu METMalaysia turut mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora Kategori Kedua di kawasan perairan timur laut Condore dan barat laut Reef North bermula hari ini hingga 12 Disember.

Cuaca buruk ini membawa angin kencang timur laut berkelajuan 50-60 kilometer sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter.

“Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri,” maklum kenyataan tersebut.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

Amaran Hujan Berterusan Di 7 Negeri Hingga Rabu Ini

Sebelum ini, METMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan pada tahap waspada melibatkan tujuh negeri.

Hujan berterusan diramal melanda seluruh negeri Perlis, Kelantan dan Terengganu bermula 8 hingga 11 Disember nanti.

Hampir keseluruhan kawasan di Kedah juga tersenarai iaitu Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling.

Di Perak, cuaca buruk berterusan hanya melibatkan daerah Hulu Perak.

Sementara itu, beberapa kawasan di dua negeri diramal menerima hujan berterusan pada tahap waspada bermula 9 hingga 11 Disember. Di Pahang, cuaca buruk berterusan ini melibatkan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin. Manakala di Johor, hanya Mersing dan Kota Tinggi tersenarai.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

BACA: 19 Kampung Berhampiran Sungai Nenggiri Dan Sungai Kelantan Dijangka Banjir Minggu Ini