Siakap Keli
Letupan The Hague
Gambar: Josh Walet / ANP/AFP

Letupan Di The Hague: 5 Mayat Ditemukan, Pencarian Mangsa Diteruskan

Letupan Di The Hague: 5 Mayat Ditemukan, Pencarian Mangsa Diteruskan

THE HAGUE, 8 Dis (Bernama) — Pihak berkuasa Belanda mengesahkan penemuan lima mayat di bawah runtuhan sebuah bangunan pangsapuri yang sebahagiannya runtuh akibat letupan kuat pada pagi Sabtu, lapor Xinhua.

Usaha mencari mangsa lain masih diteruskan dengan perkhidmatan kecemasan memberi amaran bahawa angka korban mungkin meningkat sehingga sekitar 20 orang.

“Realitinya ialah peluang untuk mereka terselamat adalah tipis. Kami sedang bersiap sedia menghadapi senario terburuk,” kata Datuk Bandar Jan van Zanen dalam satu sidang media.

Menurut beliau, dua individu yang diselamatkan lebih awal pada hari kejadian kini dalam keadaan kritikal.

Sumber: Bernama

BACA: Taska Wajib Pamer Nombor Pendaftaran Di Premis Tahun Depan – Nancy

BACA: Kerajaan Fokus 91,000 Hektar Tanah Terbiar Untuk Tanaman Padi

BACA: Amaran Angin Kencang Dan Laut Bergelora Di Perairan Malaysia Bermula Hari Ini – METMalysia

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.