Terkini

Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
tanah terbiar tanaman padi
Kredit: Bernama

Kerajaan Fokus 91,000 Hektar Tanah Terbiar Untuk Tanaman Padi

Azizah Najib

Kerajaan Fokus 91,000 Hektar Tanah Terbiar Untuk Tanaman Padi

KUALA PILAH, 7 Disember (Bernama) — Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan memberi tumpuan kepada pembangunan tanah terbiar seluas kira-kira 91,000 hektar di seluruh negara untuk tanaman padi.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu, berkata usaha tersebut termasuk memanfaatkan tanah terbiar di kawasan luar jelapang padi seperti di Negeri Sembilan, Melaka, dan Johor.

“Fokus kementerian adalah mengusahakan kawasan sawah padi terbiar atau yang berpotensi, terutama di kawasan luar jelapang padi seperti Negeri Sembilan, Melaka, dan Johor. Kawasan ini memerlukan sistem pengairan yang mencukupi, yang menjadi tanggungjawab kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.

“Kita perlu berusaha memastikan bekalan beras mencukupi kerana kita akan menghadapi masalah jika terus bergantung kepada beras import,” katanya kepada pemberita selepas lawatan turun padang ke Skim Padi Terachi Batu 14, Kampung Gedang, di sini hari ini.

Mohamad berkata Jabatan Pertanian dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) kini sedang berusaha memastikan sistem pengairan yang baik bagi kawasan berpotensi untuk diusahakan penanaman padi.

BACA: Karya Pisang RM28 Juta Dah Dimakan, “Rasa Lagi Sedap…”

Sementara itu, Mohamad menegaskan bahawa pembangunan kawasan jelapang padi baharu di Sarawak dan Sabah juga adalah langkah penting untuk menangani kesan perubahan iklim, termasuk bencana banjir yang sering melanda kawasan jelapang padi seperti Kedah dan Kelantan.

Dalam pada itu, Jabatan Pertanian Negeri dalam kenyataan memaklumkan bahawa sawah padi di Negeri Sembilan melibatkan keluasan 1,828 hektar, dengan 14 skim pengairan kini diusahakan. Skim tersebut melibatkan 182 pengusaha yang mengusahakan 1,216.50 hektar di kawasan Kuala Pilah, Jelebu, Jempol, dan Tampin.

Menurut kenyataan itu, sebanyak 3,584 metrik tan hasil pengeluaran padi telah direkodkan daripada kawasan bertanam seluas 786.5 hektar pada tahun ini.

“Sawah padi negeri ini menerima insentif sebanyak RM1.455 juta di bawah Program Pengukuhan Keterjaminan Makanan 2024, iaitu mengoptimumkan penggunaan tanah terbiar dengan kerjasama kerajaan negeri manakala program peningkatan hasil padi negeri pula dimanfaatkan sebanyak RM450,000,” menurut kenyataan itu.

BACA: Pasangan Pengantin Edar Makanan Kenduri Selepas Lokasi Majlis Dilanda Banjir

BACA: Dihasilkan Melalui Teknologi Nuklear, Ini Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Padi NMR 152

Sumber: Bernama