Siakap Keli
hujan lebat kebanyakan negeri
Gambar: Bernama

Ribut Petir, Hujan Lebat Di Kebanyakan Negeri Termasuk Wilayah Persekutuan Petang Ini

Ribut Petir, Hujan Lebat Di Kebanyakan Negeri Termasuk Wilayah Persekutuan Petang Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di kebanyakan negeri hingga jam 6 petang ini.

Dalam kenyataan, negeri yang terlibat adalah Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka,  Johor,  Sarawak, Sabah termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Difahamkan, seluruh kawasan di negeri Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya diramal mengalami cuaca buruk itu.

“Di Kedah, daerah yang terlibat adalah Kulim dan Bandar Baharu, manakala di Perak melibatkan daerah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.

“Selain itu, beberapa kawasan di Pahang juga tidak terkecuali iaitu Tanah Tinggi Cameron, Raub, Bentong, Temerloh, Maran, Bera dan Rompin.

“Beralih ke Sarawak, daerah yang terlibat adalah Sri Aman, Miri (Miri) dan Limbang sementara di Sabah melibatkan Pedalaman (Sipitang) dan Tawau (Tawau),” maklum kenyataan tersebut.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

https://www.facebook.com/malaysiamet/posts/pfbid04hrS6tjwSmGHDBYxVbH1bDQULYvKsgpb86y35zVn2GaeGcCGSpR4nG5U3WQZkwfil

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia)

BACA: Taska Wajib Pamer Nombor Pendaftaran Di Premis Tahun Depan – Nancy

BACA: Kerajaan Fokus 91,000 Hektar Tanah Terbiar Untuk Tanaman Padi

BACA: Amaran Angin Kencang Dan Laut Bergelora Di Perairan Malaysia Bermula Hari Ini – METMalysia

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.