Terkini

Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Cukai Selangor
Gambar: BERNAMA

Cukai Taksiran Di Selangor Naik 25 Peratus Tahun Hadapan – Exco

Hannah

Cukai Taksiran Di Selangor Naik 25 Peratus Tahun Hadapan – Exco

SHAH ALAM, 9 Dis (Bernama) — Kerajaan Selangor bersetuju untuk menaikkan kadar cukai taksiran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebanyak 25 peratus berbanding kenaikan asal melebihi 100 peratus, berkuat kuasa 1 Jan tahun hadapan.

Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Datuk Ng Suee Lim berkata ia susulan semakan berdasarkan Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) yang memperuntukkan senarai satu nilaian baharu perlu disediakan dan disiapkan oleh semua PBT setiap lima tahun.

Beliau berkata sebelum pelarasan itu diluluskan, Majlis Daerah Sabak Bernam masih mengguna pakai kadar yang diluluskan 38 tahun dahulu, diikuti Majlis Perbandaran Kuala Langat 37 tahun manakala sembilan PBT lain melebihi 20 tahun.

“Potongan cukai ini kita sasar laksanakan selama lima tahun dan ini dijangka akan meningkatkan pendapatan PBT sebanyak RM355 juta setahun untuk dimanfaatkan bagi peningkatan keupayaan melalui penyediaan infrastruktur awam atau pemantapan perkhidmatan di daerah masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media khas di Wisma Dewan Undangan Negeri Selangor di sini hari ini.

Ng berkata kerajaan negeri juga bersetuju untuk meneruskan pengecualian cukai taksiran kepada semua rumah kos rendah termasuk rumah SelangorKu tahun hadapan, melibatkan implikasi kewangan hampir RM60 juta.

“Bagi rumah kampung tradisi, kita beri pengecualian bersasar dan setakat tahun ini sebanyak 2,849 pegangan telah kita beri pengecualian di kampung tradisi ini dan kita sasarkan 5,000 rumah untuk diberi pengecualian yang boleh dinikmati penduduk sekiranya memenuhi syarat,” katanya.

BACA: Amaran Hujan Berterusan Di Beberapa Kawasan Hingga 11 Disember

Mengenai titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menzahirkan rasa dukacita terhadap tahap kebersihan di Bandar Raya Diraja Klang sehingga mengakibatkan kejadian banjir, beliau berkata pihaknya telah meneliti perkara tersebut dan tindakan penyelesaian akan dilaksanakan segera.

“Baru-baru ini kita dah bincang dalam Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) tentang isu tebatan banjir tentang perkara ini dan ia sedang berjalan…kita juga akan bermesyuarat dalam masa terdekat berkenaan kebersihan Sungai di Klang,” katanya.

Beliau berkata satu mesyuarat bersepadu bersama Datuk Bandar Klang Datuk Abd Hamid Hussain bersama KDEB Waste Management dan pihak berkaitan akan dilakukan dalam masa terdekat bagi memastikan tahap kebersihan yang optimum di bandar raya itu, selain tidak menolak kemungkinan penambahan bajet perlu dilakukan bagi mencapai objektif tersebut.

BACA: “Ini” Negara Pertama Dijangka ‘Pupus’ Dari Dunia, Tak Sangka Ini Sebabnya

BACA: Elon Musk Ramal Negara Kedua Bakal ‘Pupus’, Ini Sebabnya

Sumber: BERNAMA