Siakap Keli
Restoran Pantai Chenang Kebakaran
Gambar: Astro AWANI

Dua Restoran Di Pantai Chenang Musnah Dalam Kebakaran

Dua Restoran Di Pantai Chenang Musnah Dalam Kebakaran

ALOR SETAR, 9 Dis (Bernama) — Dua restoran di Jalan Pantai Chenang, Langkawi musnah dalam kebakaran malam tadi.

Ketua Zon Langkawi Penguasa Bomba Mohd Zamri Abdul Ghani berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.11 malam sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padang Mat Sirat, BBP Langkawi dan BBP Persiaran Putra dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, bomba mendapati kejadian pada awalnya melibatkan sebuah restoran jenis bangunan kelas A telah musnah 100 peratus sebelum kebakaran merebak ke restoran bersebelahan jenis kelas yang sama turut musnah sebanyak 90 peratus.

“Sebuah kereta jenis Proton Saga yang berada di kawasan itu turut terbakar sebanyak lima peratus namun tidak melibatkan mangsa. Kerja-kerja pemadaman telah dilakukan dan kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Langkawi ACP Shariman Ashari dalam kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran restoran di Jalan Pantai Chenang kira-kira 8.30 malam.

“Seramai lima pegawai dan 20 anggota telah ke lokasi kejadian untuk membuat kawalan lalu lintas serta kawalan orang ramai,” katanya sambil menambah punca kebakaran masih dalam siasatan.

Sumber: BERNAMA​

BACA: Taska Wajib Pamer Nombor Pendaftaran Di Premis Tahun Depan – Nancy

BACA: Kerajaan Fokus 91,000 Hektar Tanah Terbiar Untuk Tanaman Padi

BACA: Amaran Angin Kencang Dan Laut Bergelora Di Perairan Malaysia Bermula Hari Ini – METMalysia

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.