Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Kredit: Bernama

Banjir Bukan Pesta Air, Pantau Pergerakan Anak

Azizah Najib

Banjir Bukan Pesta Air, Pantau Pergerakan Anak

KUANTAN, 10 Disember (Bernama) — Orang ramai diingatkan supaya tidak sesekali menganggap banjir sebagai satu pesta, sebaliknya perlu sentiasa mengutamakan keselamatan termasuk peka kepada perubahan cuaca, kata Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu.

Beliau berkata bahaya banjir tidak boleh dipandang ringan dan ibu bapa perlu memantau pergerakan anak-anak memandangkan cuaca tidak menentu ketika ini termasuk hujan lebat berterusan yang menyebabkan kawasan berhampiran sungai mudah dinaiki air.

“Anak kecil tidak seharusnya dibenarkan bermain banjir walaupun cetek kerana risiko untuk hanyut adalah tinggi. Jika ada ahli keluarga yang uzur atau warga emas, jangan tunggu hingga ke saat akhir untuk memindahkan mereka ke tempat selamat.

“Orang ramai juga perlu sentiasa peka dengan amaran banjir pihak berkuasa, pastikan semua suis elektrik dimatikan untuk mengelakkan kejadian renjatan elektrik,” katanya menerusi kenyataan di Facebook hari ini.

BACA: Jangan Ambil Mudah, Ketahui Risiko Penyakit Ketika Musim Banjir

Beliau juga menasihati penduduk di kawasan terjejas supaya segera berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) apabila diarahkan serta memastikan rumah dikunci dan dokumen penting disimpan di tempat tinggi.

“Mangsa diminta menghubungi pihak berkuasa sekiranya terperangkap dalam banjir dengan melaporkan keadaan dan lokasi,” katanya sambil memaklumkan IPD Kuantan boleh dihubungi di talian 09-5652089 untuk sebarang pertanyaan.

Pahang kembali dilanda banjir apabila empat PPS dibuka di daerah Maran awal pagi tadi, menempatkan 52 mangsa daripada 12 keluarga daripada Kampung Ulu Luit, Kampung Luit, Kampung Bukit Kuin dan Kampung Paya Chedong.

BACA: Lebih 10,000 Penyakit Bawaan Air Dikesan Di Enam Negeri Terjejas Banjir – Dzulkefly

BACA: Gardenia Sumbang Lebih 500,000 Unit Produk Kepada Mangsa Banjir

Sumber: Bernama