Siakap Keli
mb kedah bebas tuduhan
Kredit: Bernama

MB Kedah Bebas Satu Tuduhan Menghasut Berkait Sultan Selangor

MB Kedah Bebas Satu Tuduhan Menghasut Berkait Sultan Selangor

SHAH ALAM, 10 Disember (Bernama) — Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas dan membebaskan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor daripada satu pertuduhan menghasut yang berkait dengan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Hakim Datuk Aslam Zainuddin memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya Datuk Masri Mohd Daud memaklumkan pihak pendakwaan tidak berhasrat meneruskan pertuduhan pertama itu terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri dan menarik balik pertuduhan tersebut.

“Bagi pertuduhan itu, pihak pendakwaan ingin menarik balik dan tidak meneruskan pendakwaan dan mohon untuk melepas tanpa bebas (DNAA),” kata Masri.

BACA: Penjawat Awam Kedah Terima Bantuan Khas Kewangan RM2,000 – Sanusi

Aslam kemudiannya memutuskan tertuduh dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan pertama selepas membenarkan permohonan peguam Awang Armadajaya Awang Mahmud yang mewakili Muhammad Sanusi agar anak guamnya dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan itu.

Bagaimanapun bagi pertuduhan kedua iaitu dakwaan menghasut berkait Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang merupakan Yang di-Pertuan Agong ketika itu, Muhammad Sanusi kekal dibicarakan atas pertuduhan itu yang ditetapkan bermula 24 hingga 28 Feb tahun hadapan.

“Untuk pertuduhan pertama, tertuduh dalam kes ini dilepas dan dibebaskan manakala pertuduhan kedua dibicarakan pada 24 hingga 28 Feb 2025,” katanya.

Berita lanjut menyusul.

BACA: Bayi Dipercayai Lemas Dalam Selimut, Tiada Unsur Jenayah Ditemukan

BACA: Sanusi Menjunjung Kasih Sultan Selangor Perkenan Permohonan Ampun

Sumber: Bernama

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.