Terkini

Gaya hidup
Wanita Keliru Balas Pemberian Buah Limau, Jawapan Netizen Buat Ramai Tersentuh
Tip
Cara Paling Mudah, Hilangkan Batuk Berkahak Guna Bahan Semula Jadi Ni
Trivia
Bilik Panas Waktu Malam, Ini 5 Barang Wajib Ada Kurangkan Bahang
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa Tiga Negeri Hingga Awal Pagi
Gaya hidup
Risau Anak Tak Tahu, Bapa Siap Tulis Nama Komponen Kereta
Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Tip
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Lelaki Kongsi Kisah Hidap Diabetes
Kredit: @arddrighazali_rmsg via TikTok
Tiada Kategori

Pernah Bacaan Gula 21.2, Pemuda Menangis Teresak-esak Disahkan Hidap Kencing Manis

Athirah

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Pernah Bacaan Gula 21.2, Pemuda Menangis Teresak-esak Disahkan Hidap Kencing Manis

Masyarakat sering menyangka penyakit diabetes atau kencing manis adalah penyakit yang hanya dihidapi oleh mereka yang sudah pun berumur dan individu obesiti.

Walaupun kenyataan berkenaan tidak sepenuhnya salah, namun ia juga tidaklah tepat sepenuhnya juga.

Hari ini, penyakit kencing manis boleh menyerang sesiapa sahaja. Malah, ada kanak-kanak yang masih kecil atau bayi yang baru lahir juga turut didapati menghidap penyakit berkenaan.

Biarpun jarang berlaku, kencing manis yang dialami oleh kanak-kanak ialah diabetes awal matang pada usia muda atau dipanggil MODY, terjadi disebabkan oleh mutasi gen.

Sebilangan besar individu akan didiagnosis sebelum usia 25 tahun, namun faktanya kencing manis boleh menyerang bila-bila masa sahaja apabila cukup ‘syaratnya’.

“Kopi dan makanan manis tak pernah tinggal”

Baru-baru ini, seorang lelaki berkongsi perjalanannya ketika menghidap diabetes pada usia yang muda. Kata pemuda tersebut, beliau menangis teresak-esak kerana terpaksa menelan hakikat pahit menderita penyakit berkenaan.

Menurut pengguna TikTok @arddrighazali_rmsg, ketika melakukan pemantauan bacaan gula menggunakan pemeriksaan paras gula di hospital, beliau pernah mendapat keputusan paras gula paling tinggi iaitu 21.2.

Walaupun bacaan gula dalam darahnya menurun sedikit demi sedikit kemudian, namun beliau terpaksa ditahan di wad hospital untuk pemantaun selanjutnya.

“Kalau berterusan bacaan gula macam ini, doktor kata boleh jejaskan mata, buah pinggang, kulit dan jantung,” katanya.

Tidak mahu menyalahkan takdir, @arddrighazali_rmsg menerima ujian tersebut dan menginsafi tabiat tidak menjaga pemakanan yang menjadi amalannya selama ini.

Kopi 3 in 1 minum enam paket sehari

Kata @arddrighazali_rmsg, beliau gemar minum kopi secara berlebihan dan kerap menikmati makanan manis yang mana menjadi penyumbang kepada situasi yang dihadapinya.

Doktor kemudian turut menasihati beliau agar untuk menjaga pemakanan yang turut menitikberatkan soal kesihatan usus dan penghadaman.

Antara yang dilakukan oleh beliau adalah menambah probiotik dan bakterian baik dalam usus untuk mengekalkan keadaan kesihatan pada tahap yang sewajarnya.

Beliau juga mula bersenam secara konsisten, memastikan berjalan 10,000 langkah setiap hari dan menyertai komuniti sihat untuk menguatkan semangat.

Usahanya membuahkan hasil apabila bacaan gula HbA1c menurun secara mendadak iaitu 7.6. Beliau juga merasa gembira kerana mampu menurunkan berat badan tanpa perlu bergantung kepada sebarang produk sampingan.

Video @arddrighazali_rmsg memberi inspirasi kepada orang ramai

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok berasa bangga dengan pencapaian beliau setakat ini. Ia turut memberi inspirasi kepada orang ramai untuk kekal sihat dan menjaga kesihatan.

BACA: “Hutang MARA Wajib Dibayar Kerana Wang Rakyat, Usah Merayu Kepada Saya” – Dr Asyraf

Sumber: @arddrighazali_rmsg via TikTok