Ribut Petir, Hujan Lebat Di 8 Negeri Petang Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri hingga jam 6 petang ini.
Dalam kenyataan tersebut, negeri yang terlibat adalah Perak, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah.
Menurut METMalaysia, seluruh kawasan di negeri Melaka diramal mengalami cuaca buruk itu.
“Di Perak melibatkan daerah Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.
“Manakala di Selangor di kawasan Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Hulu Langat
“Hanya daerah Kuantan di Pahang dan Tangkak di Johor dijangka hujan petang ini
“Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin antara kawasan diramal hujan di Negeri Sembilan.
“Sementara di Sarawak termasuk kawasan Kuching (Bau dan Kuching), Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu (Selangau), Mukah (Daro, Matu dan Mukah), Bintulu (Tatau), Miri dan Limbang.
“Di Sabah pula melibatkan Pedalaman, Pantai Barat, Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan) dan Kudat,” maklum METMalaysia.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
https://www.facebook.com/malaysiamet/posts/pfbid02vwFZTBTuVCer9GRajxcuWE4RrvbYkWxCyvrWWkZY8PuTTWDcFBBYmfEKCExx5EDgl
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia