“Insya-Allah..Insya-Allah..” – Cristiano Ronaldo Jr
“Insya-Allah..Insya-Allah..” itu ungkapan anak kepada ikon bola sepak dunia Cristiano Ronaldo Junior sewaktu ditanya mengenai hasratnya untuk beraksi dalam bola sepak profesional bersama bapanya, Cristiano Ronaldo, lapor Stadium Astro.
Anak kepada pemenang lima kali Ballon d’Or itu berkata demikian sewaktu muncul dalam satu rancangan bersama Jimmy Donaldson atau dikenali sebagai MrBeast.

“Anda melihat LeBron beraksi dengan anaknya, adakah anda berhasrat juga untuk bermain dengan ayah kamu?” tanya MrBeast.
“Insya-Allah..Insya-Allah..saya berharap,” katanya yang masih berusia 14 tahun.
https://x.com/ArobaseGiovanny/status/1866137383604818005?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1866137383604818005%7Ctwgr%5Eb776c8eb67d803aec37d7ee950d1794688b59c53%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.astroawani.com%2Fberita-sukan%2Fberaksi-bersama-bapa-insyaallah-cristiano-ronaldo-jr-500059
Kini, Cristiano Ronaldo Junior atau lebih dikenali dengan nama Cristiano Ronaldo Jr bermain bersama akademi bola sepak kelab dari Arab Saudi, Al Nassr sejak Ronaldo berpindah ke kelab itu.
BACA: David Coote Dipecat Dari EPL
Untuk makluman, bintang bola keranjang, LeBron James, dan anak lelakinya, Bronny James mencuri perhatian apabila berkongsi gelanggang dalam pasukan yang sama sekali gus mencipta sejarah dalam pertandingan NBA.
CR Titip Ucapan Hari Lahir Istimewa Buat Anak
Terdahulu, Cristiano Ronaldo mengucapkan selamat hari lahir kepada anak lelaki sulungnya, Cristiano Jr sewaktu menyambut ulang tahun kelahiran ke-10.
Menerusi kiriman yang dimuatnaik di laman Twitter rasminya, Ronaldo memuat naik sekeping gambar bersama anaknya dengan kapsyen yang menarik perhatian.
Memanggil anaknya dengan nama samaran ‘puppy’, Ronaldo juga berkata masa berlalu dengan pantas dan dia bagaikan tidak percaya bahawa anaknya itu kini sudah berusia 10 tahun.
“Awak selalu menjadi sumber kebanggaan bagi seorang ayah yang sangat menyayangi awak.
“Tahniah, Puppy! Hari yang sangat bahagia! Saya sayang awak sangat-sangat!” tulisnya dalam hantaran itu.
Sumber: Stadium Astro