Siakap Keli
David Coote Dipecat EPL
Gambar: AFP

David Coote Dipecat Dari EPL

David Coote Dipecat Dari EPL

Pengadil Liga Perdana Inggeris (EPL), David Coote secara rasmi telah dipecat dari mengadili mana-mana perlawanan, berkuatkuasa hari ini selepas siasatan terhadap kelakuannya.

Menurut Professional Game Match Officials Limited (PGMOL) dalam satu kenyataan, telah menggantung Coote selepas satu video tular pada bulan lepas memaparkan pengadil berusia 42 tahun itu menghina kelab Liverpool dan bekas pengurus mereka Jurgen Klopp.

“Berikutan kesimpulan siasatan menyeluruh terhadap kelakuan David Coote, pekerjaannya dengan PGMOL telah ditamatkan hari ini berkuat kuasa serta-merta.

“Tindakan David Coote didapati melanggar peruntukan kontrak pekerjaannya secara serius, dengan kedudukannya dianggap tidak boleh dipertahankan.”

“Bagaimanapun, kami terus menyokong David Coote dan kami tetap komited terhadap kebajikannya,” maklum PGMOL dalam kenyataan tersebut.

https://x.com/fa_pgmol/status/1866151530086248544?s=46&t=7ddH6LxWzRTuCy5MvwMFsw

Sebelum ini, Jawatankuasa Pengadil UEFA turut mengambil keputusan menggantung Coote sementara menunggu siasatan tersebut.

Untuk makluman, David Coote telah menjadi pengadil Liga Perdana sejak April 2018 dan telah mengadili banyak perlawanan di liga terbaik dunia itu.

Sumber: Sky Sports

BACA: Manchester United Kurang Kualiti – Amorim

BACA: Bintang Liverpool Dedah Sepupu Bermain Dengan Perak FC

BACA: “Piala Mitsubishi Electric ASEAN 2024 tugasan terakhir saya” – Pau Marti

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.