Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Manchester United Amorim
Gambar: Darren Staples / AFP

Manchester United Kurang Kualiti – Amorim

Iqbal Yasir

Manchester United Kurang Kualiti – Amorim

Ketua jurulatih Manchester United, Ruben Amorim mengakui kekurangan kualiti punca pasukannya tewas 2-3 kepada Nottingham Forest dalam perlawanan awal pagi tadi, lapor Sky Sports.

Keputusan itu menyaksi Amorim tewas buat pertama kali di Old Trafford sejak tiba dari Sporting CP.

“Ia adalah perlawanan yang sukar. Kami bermain dalam dua babak dengan sangat teruk. Sukar untuk pemain bermain dengan tenang dan meneruskan permainan seperti yang sepatutnya.

“Kami tidak mempunyai banyak kualiti. Bolos dua gol selepas separuh masa kedua adalah momen yang sangat sukar.

“Kami mengambil banyak masa untuk kembali mengikat kedudukan. Jika lihat pada gol pertama ia adalah kombinasi yang baik antara pemain. Selepas gol pertama kami bermain dengan baik, mencipta peluang dan menyerang,” katanya

Manchester United Amorim
Gambar: AFP

Tambah jurulatih dari Portugal itu, dia mengakui perjalanan The Red Devils masih panjang perjalanan, dan tugas berkenaan digalasnya untuk memimpin kelab itu kembali semula ke prestasi terbaik.

“Ini lebih salah saya, kerana saya bertanggungjawab. Kami cuba melakukannya dengan cara terbaik di gelanggang sendiri, kerana kami melihatnya di Arsenal. Ia benar-benar sukar.

Sepanjang karier kejurulatihannya, Amorim hanya pernah kalah berturut-turut sekali dalam perlawanan liga teratas, namun di Manchester United tidak mengambil waktu yang lama.

Tewas di laman sendiri

Manchester United Amorim
Gambar: AFP

Seawal minit ke-2, United dibolosi gol tanduk Nikola Milenkovic menerusi sepakan sudut. Gol itu menyaksikan United melepaskan tiga gol dari sepakan sudut sejak tewas dengan Arsenal pada malam Rabu.

Meskipun Rasmus Højlund berjaya menyamakan kedudukan, namun pelawat berjaya meledak dua gol pada babak kedua sebelum Bruno Fernandes merapatkan jurang kepada 2-3.

Namun, tiga gol Nottingham Forest itu suduh cukup untuk pelawat mengutip tiga mata di Old Trafford. Kekalahan ini menyaksikan United kini turun di tangga ke-13 dalam carta Liga Perdana Inggeris (EPL).

Pasukan itu dijadualkan turun dalam derbi Manchester pada 16 Disember nanti menentang Manhester City di Stadium Etihad.

BACA: PSG Mahu Mo Salah Secara Percuma

BACA: Bintang Liverpool Dedah Sepupu Bermain Dengan Perak FC

Sumber: Sky Sports