Siakap Keli
Malaysia juara
Gambar: FAM via Facebook

Malaysia Juara FIFAe World Cup 2024 Ft. eFootball Mobile

Malaysia Juara FIFAe World Cup 2024 Ft. eFootball Mobile

Malaysia mencipta sejarah di persada e-sukan apabila skuad FAM eRimau muncul juara dalam kejohanan berprestij FIFAe World Cup 2024 Ft. eFootball Mobile.

Kejayaan ini menjadi detik manis buat negara, lebih-lebih lagi kerana ia menjadikan Malaysia sebagai negara pertama dari ASEAN yang berjaya memenangi gelaran ini.

Dalam perlawanan akhir yang penuh debaran, pemain utama FAM eRimau, Ahmad Muhaimin atau lebih dikenali sebagai Minbappe, mempamerkan prestasi luar biasa.

https://www.facebook.com/share/p/14NJZm8Wwa/

Beliau berjaya menundukkan lawannya dengan keputusan 3-0 pada perlawanan pertama dan 2-0 pada perlawanan kedua, sekali gus mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai juara dunia.

https://www.facebook.com/share/p/17Pzqwsp2o/

Kejayaan ini bukan sahaja menjadi kebanggaan rakyat Malaysia, tetapi turut menaikkan nama negara di mata dunia sebagai kuasa baharu dalam sukan digital.

Selain Muhaimin, penghargaan turut diberikan kepada barisan jurulatih yang memainkan peranan penting dalam kejayaan ini.

Shaharil Shaifuddin dan Muhammad Hazim Aisar dilihat sebagai tulang belakang di sebalik persediaan rapi pasukan FAM eRimau.

Untuk info, FAM eRimau adalah inisiatif yang dibawakan khas oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dengan kerjasama Gamesbond.

Usaha ini bertujuan untuk memperkukuhkan kedudukan Malaysia dalam arena e-sukan, khususnya dalam kategori eFootball Mobile.

BACA: FIFA Umum Tuan Rumah Piala Dunia 2030 dan 2034

BACA: Noor Azman Yakin Harimau Malaya Bakal Ke Final Piala AMEC

BACA: Pasukan IDF Pertama Dilapor Berundur Dari Selatan Lubnan

Sumber: FAM via Facebook

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: