Siakap Keli
Tuan Rumah FIFA 2030 2034
Sumber: FIFA

FIFA Umum Tuan Rumah Piala Dunia 2030 dan 2034

FIFA Umum Tuan Rumah Piala Dunia 2030 dan 2034

FIFA telah mengumumkan negara tuan rumah untuk edisi Piala Dunia 2030 dan 2034 selepas Mesyuarat Kongres Luar Biasa FIFA yang melibatkan kesemua 211 ahli persatuan.

Menurut FIFA,edisi 2030 akan dihoskan oleh tiga negara, iaitu Maghribi, Portugal, dan Sepanyol.

Selain itu, perlawanan pembukaan khas sempena ulang tahun ke-100 kejohanan akan diadakan di Argentina, Paraguay dan Uruguay.

Manakala, Arab Saudi dipilih sebagai tuan rumah bagi edisi Piala Dunia 2034.

Difahamkan, pelantikan tuan rumah ini dilakukan selepas proses bidaan yang bermula pada Oktober 2023.

Keputusan ini adalah hasil cadangan sebulat suara daripada Majlis FIFA dengan sokongan semua konfederasi, yang bertujuan memastikan keseimbangan dan giliran dalam kitaran penganjuran kejohanan.

Presiden FIFA, Gianni Infantino, menyifatkan pemilihan ini sebagai simbol perpaduan global.

“Dalam dunia yang semakin berpecah, kesepakatan dalam sesuatu seperti ini adalah mesej positif yang luar biasa. Kita amat memerlukan mesej seperti ini hari ini.

“Piala Dunia FIFA adalah unik, dan ia berfungsi sebagai pemangkin kepada perubahan sosial positif serta perpaduan.

“Edisi 2030 dan 2034 ini bukan sahaja tentang bola sepak, tetapi juga peluang untuk menyatukan dunia,” katanya semasa berucap di Kongres Luar Biasa FIFA.

Dalam pada itu, beliau turut mengucapkan tahniah kepada tujuh negara yang dipilih sebagai tuan rumah.

“Tahniah kepada Uruguay, Argentina, Paraguay, Maghribi, Portugal, Sepanyol dan Arab Saudi. Hari ini adalah hari anda, dan kami turut merayakan bersama anda,” katanya lagi.

BACA: Ini Perkara Sebenar Di Sebalik ‘Harta Karun’ Bernilai RM138.4 Bilion Dikatakan Milik Malaysia

BACA: Pembukaan Pejabat AI Kebangsaan (NAIO), Inisiatif Transformasi Peneraju Dalam AI

BACA: Taylor Swift Beri Bonus ‘Lumayan’ Kepada Kru, Kakitangan Eras Tour

Sumber: FIFA

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.