Terkini

Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Bantuan Subsidi Tiket Penerbangan
Kredit: Bernama
Tiada Kategori

Bantuan Subsidi Tiket Penerbangan Dinaikkan, Ini Cara Nak Mohon FLYsiswa Untuk Pelajar

Athirah

Bantuan Subsidi Tiket Penerbangan Dinaikkan, Ini Cara Nak Mohon FLYsiswa Untuk Pelajar

Kementerian Pengangkutan (MOT) telah mengumumkan pemberian bantuan subsidi tiket kapal terbang bagi pelajar Institut Pengajian Tinggi bagi perjalanan antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak.

Bernama melaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan kadar inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan, FLYsiswa dinaikkan daripada RM300 kepada RM400 seorang bermula 1 Jan depan.

Beliau berkata langkah itu merupakan antara ikhtiar kerajaan dalam meringankan beban mahasiwa dari Sabah, Sarawak dan Labuan yang berdepan isu tiket penerbangan yang agak tinggi apabila ingin pulang ke negeri masing-masing.

Siapakah pelajar yang layak untuk menerima bantuan ini?

Menurut portal rasmi FLYsiswa, para pelajar institusi awam boleh membuat semakan kelayakan melalui laman sesawang Kementerian Pengangkutan.

Pemberian bantuan subsdidi tiket kapal terbang ini akan dilaksanakan melalui kaedah pemberian credit shell.

Difahamkan, syarikat penerbangan akan mengeluarkan baucar digital kepada setiap pelajar yang layak untuk ditebus bagi pembelian tiket penerbangan laluan domestik.

Sekiranya harga tiket yang dibeli adalah kurang daripada RM300, baki baucar digital akan kekal dalam credit shell dan boleh digunakan untuk pembelian tiket seterusnya.

Pelajar yang layak untuk menerima subsidi ini adalah semua pelajar warganegara Malaysia yang sedang mengikuti pengajian di Universiti Awam, Politeknik dan Kolej Komuniti di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) serta Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru (IPG) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

  • Pelajar yang berasal dari Sabah, Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan (berdasarkan alamat tetap) sedang menuntut di Semenanjung;

  • berasal dari Semenanjung (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sabah, Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan;

  • berasal dari Sabah (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan;

  • berasal dari Sarawak (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sabah atau Wilayah Persekutuan Labuan; atau

  • berasal dari Wilayah Persekutuan Labuan (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sabah atau Sarawak.

Bantuan subsidi ini hanya sah untuk pembelian tiket penerbangan sehala atau dua hala bagi laluan penerbangan kelas ekonomi antara tempat asal (Semenanjung/ Sabah/ Sarawak/ Labuan) dan tempat pelajar sedang menuntut (Semenanjung/ Sabah/ Sarawak/ Labuan).

Dalam pada itu, baucar hanya boleh digunakan untuk pembelian tiket penerbangan Malaysia Airlines, AirAsia, Batik Air, Firefly dan MASwings.

Tempoh permohonan baucar untuk pembelian tiket penerbangan adalah dari 1 Mei 2024 hingga 30 November 2024. Manakala tarikh akhir penebusan baucar untuk pembelian tiket penerbangan adalah pada 31 Disember 2024.

Selain itu, bagi pelajar yang tidak layak menerima bantuan subsidi penerbangan Flysiswa ini boleh membuat rayuan kepada Kementerian Pendidikan melalui universiti masing-masing.

  • Mengisi maklumat-maklumat pelajar yang dipohon bagi semakan pentadbir di institusi pendidikan masing-masing;

  • Setelah diperakukan dan disahkan pentadbir di institusi pendidikan masing-masing dan Kementerian Pendidikan Tinggi bagi universiti awam, kolej komuniti dan politeknik atau Kementerian Pendidikan bagi kolej matrikulasi dan institusi pendidikan guru, pelajar akan mendapat e-mel pemakluman kelulusan rayuan; dan

  • Pelajar boleh meneruskan permohonan bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan di syarikat penerbangan yang dipilih oleh pelajar.

BACA: Noor Azman Yakin Harimau Malaya Bakal Ke Final Piala AMEC

Sumber: Kementerian Pengangkutan