Lain Macam, Pusat Memandu Adakan Majlis Graduasi Untuk Pelajar Lulus Ujian JPJ
Majlis graduasi adalah hari yang paling dinanti-nantikan oleh setiap pelajar universiti selepas berjaya menamatkan pengajian masing-masing.
Ditambah lagi dengan kehadiran keluarga tercinta yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan, pastinya memori indah tersebut sukar untuk dilupakan.
Setiap pelajar pasti memiliki pelbagai momen pahit manis yang dilalui sepanjang menimba ilmu di menara gading ini.
Walaupun majlis hanya berlangsung dalam tempoh beberapa jam, namun detik itu akan diingati oleh para pelajar sampai bila-bila.
Di Malaysia, majlis ini lebih sinonim dengan pelajar-pelajar universiti yang berjaya menamatkan pengajian masing-masing, kan?
Namun, lain ceritanya pula dengan sambutan majlis graduasi yang satu ini.
Pusat memandu adakan majlis graduasi buat netizen terhibur
Sejak beberapa hari lalu, tular di media sosial apabila sebuah pusat belajar memandu meraikan pelajar mereka yang berjaya lulus dalam ujian JPJ dalam satu majlis graduasi.
Menerusi video yang dikongsikan oleh @nieqlesenmemandu di TikTok, para lepasan yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur kelihatan gembira ketika menyarungkan jubah dan memakai mortar board.
Situasi berkenaan tidak ubah seperti pelajar yang berjaya menamatkan pembelajaran di pengajian tinggi.
Menerusi video berdurasi 00:28 minit turut memaparkan latar belakang yang menjadi tempat mereka mengambil gambar itu juga tertera ‘I Am The Next Driver’.
Penghargaan ini sudah pastinya menjadi detik terindah bagi mereka selepas perlu mengharungi pelbagai ujian sebelum bertemu dengan pegawai JPJ bagi penilaian akhir.
“Graduan lama boleh datang bergambar tak?”
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok berasa terhibur dengan video yang dikongsikan oleh @nieqlesenmemandu. Dalam pada itu, ramai juga ingin merasai pengalaman yang sama selepas berjaya melepasi ujian JPJ.
Warga maya turut menyifatkan sambutan itu seolah-olah berbaloi bagi penuntut yang sudah membayar harga ribuan bagi mendapatkan lesen.
“Kalau dapat dekan, harga lesen dapat percuma ke?” komen seorang wargamaya.
“Ramah ye sekolah memandu sekarang. Masa aku dulu dari yang jaga kaunter sampai penceramah semua muka komando,” komen lagi seorang wargamaya.
BACA: Bantuan Subsidi Tiket Penerbangan Dinaikkan, Ini Cara Nak Mohon FLYsiswa Untuk Pelajar
@nieqlesenmemandu graduasi day @akademimemandunasrom #fypage #fypシ゚viral #nieqlesenmemandu #fyp #kelantan #malaysia
Sumber: @nieqlesenmemandu via TikTok