Terkini

Gaya hidup
Wanita Keliru Balas Pemberian Buah Limau, Jawapan Netizen Buat Ramai Tersentuh
Tip
Cara Paling Mudah, Hilangkan Batuk Berkahak Guna Bahan Semula Jadi Ni
Trivia
Bilik Panas Waktu Malam, Ini 5 Barang Wajib Ada Kurangkan Bahang
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa Tiga Negeri Hingga Awal Pagi
Gaya hidup
Risau Anak Tak Tahu, Bapa Siap Tulis Nama Komponen Kereta
Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Tip
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Pelancong China Ditemukan Lemas
Kredit: Bernama

Pelancong China Ditemukan Lemas Bersama Beg Galas Berisi Batu Bata Di Semporna

Athirah

Pelancong China Ditemukan Lemas Bersama Beg Galas Berisi Batu Bata Di Semporna

SEMPORNA, 14 Dis (Bernama) –Seorang pelancong lelaki warga China yang disyaki terjun ke dalam laut dengan memakai beg galas berisi tiga batu bata telah ditemukan lemas di perairan Pulau Mabul di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Semporna Superintendan Mohd Sabri Zainol, dalam kenyataannya hari ini, berkata mayat mangsa yang dianggarkan berusia dalam lingkungan 30-an ditemukan oleh penyelam orang awam pada kedalaman 17 meter dari aras laut sekitar pukul 11.33 pagi.

“Polis menerima maklumat mengenai kejadian itu pada pukul 9.50 pagi. Bertindak atas maklumat tersebut, Pasukan Polis Marin (PPM) dengan bantuan penyelam dari pusat peranginan berhampiran telah menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa.

“Semasa ditemukan, mangsa masih memakai beg galas berwarna kelabu yang mengandungi tiga batu bata. Proses bedah siasat akan dijalankan dalam tempoh 48 jam sekiranya masih tiada waris yang tampil untuk menuntut mayat mangsa,” katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa kertas siasatan telah dibuka dan diklasifikasikan sebagai laporan kematian mengejut (SDR).

Justeru, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini supaya segera menghubungi Pegawai Penyiasat ASP Mohd Ali Amat di talian 013-2120852 atau Balai Polis Semporna di talian 089-782020.

Katanya orang ramai juga boleh tampil ke balai polis berhampiran untuk memberikan maklumat.

BACA: “Aku Nak Mati Ke Ni…”, Lelaki Kongsi Detik Cemas Diserang Sakit Jantung, Hampir Ragut Nyawa

BACA: Mengah Turun Tangga Tiga Tingkat, Kelaku Kucing Berhenti Rehat Setiap Aras Bikin Terhibur

Sumber: Bernama