Siakap Keli
Penyokong Harimau Malaya cedera
Sumber: Stadium Astro

AMEC 2024: Penyokong Harimau Malaya Cedera ‘Diserang’ Di Thailand

AMEC 2024: Penyokong Harimau Malaya Cedera ‘Diserang’ Di Thailand

Sekumpulan penyokong Harimau Malaya terpaksa berdepan detik cemas apabila mereka terperangkap dalam situasi tegang di Stadium Rajamangala, Thailand, malam tadi.

Kejadian ini berlaku selepas perlawanan Piala ASEAN Mitsubishi Electric (AMEC) 2024, apabila kedua-dua pihak penyokong saling berbalas provokasi.

https://x.com/zulhelmizainal1/status/1867978275995443280?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1867978275995443280%7Ctwgr%5Eb54c6e2820d5c43292494c873f4ae08ae209c086%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.stadiumastro.com%2Fbola-sepak%2Fpiala-amec-ekor-harimau-diancam-penyokong-lawan-di-stadium-rajamangala-akibat-provokasi-278977

Walaupun keadaan tegang, situasi itu berjaya dikawal dan penyokong Malaysia hanya dibenarkan meninggalkan stadium setelah keadaan reda.

Dalam perlawanan tersebut, skuad Gajah Perang menewaskan Malaysia 1-0 melalui jaringan tunggal oleh Patrik Gustavsson pada minit ke-57, sekali gus meraih tiga mata untuk menduduki tempat teratas dalam Kumpulan A.

Menurut laporan wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, tiga orang penyokong Malaysia dilaporkan cedera akibat dipukul oleh penyokong tuan rumah. Bagaimanapun, mereka semua berjaya meninggalkan stadium selepas kejadian tersebut.

Salah seorang penyokong Malaysia yang cedera dipercayai menjadi mangsa serangan daripada kumpulan peminat fanatik yang dikenali sebagai Casual Thailand.

https://x.com/gilabola_ina/status/1868111869271318910?s=46

Mangsa tersebut kemudiannya diselamatkan oleh beberapa penyokong tempatan dan dihantar ke Hospital Smitivet, Srinakharin, untuk mendapatkan rawatan.

Difahamkan, mangsa menerima ujian imbasan kerana hentakan di kepala dan kos rawatan ditanggung oleh Persatuan Bolasepak Thailand (FAT).

Wakil FAT memberitahu bahawa penyokong tersebut bercadang untuk pulang ke Malaysia hari ini dan mendapatkan rawatan susulan di tanah air.

Dalam pada itu, Presiden FAT, Madam Pang menyeru agar kawalan keselamatan di tempat perlawanan dipertingkatkan bagi mengelakkan insiden serupa daripada berulang.

BACA: Arteta ‘Kecewa’ Selepas Arsenal Seri Tanpa Jaringan Menentang Everton

BACA: Mikheil Kavelashvili Dipilih Sebagai Presiden Georgia

BACA: Ini Nilai Pasaran Semasa Pemain Bola Sepak Malaysia, Arif Aiman

Sumber: Stadium Astro (1) (2)

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.