Siakap Keli
tangkapan ikan bandaraya
Gambar: Instagram Auntie Purple

Pempengaruh Kongsi Hasil Tangkapan Ikan Bandaraya Cecah RM1.2k

Pempengaruh Kongsi Hasil Tangkapan Ikan Bandaraya Cecah RM1.2K

Seperti yang diketahui, Kerajaan Selangor terus menawarkan insentif RM1 bagi setiap kilogram tangkapan ikan bandaraya (Pleco).

Inisiatif ini sebagai salah satu usaha untuk membendung ikan pendatang itu daripada mendominasi dan menbiak di perairan dan sungai-sungai utama.

Tambahan lagi, ia menyebabkan kerosakan, ketidakseimbangan ekosistem biodiversiti akuatik, dan menjejaskan populasi ikan tempatan.

Ikon Ikan Bandaraya – Auntie Purple

Baru-baru ini seorang pempengaruh dikenali Auntie Purple berkongsi hasil tangkapan ikan berkenaan sewaktu mengikuti kempen itu.

Gambar: Instagram Auntie Purple

Dalam video yang dimuat naik itu memaparkan dia bersama beberapa individu berjaya membuatkan tangkapan ikan itu. Hasil tangkapan kemudian akan ditimbang sebelum ditukarkan dengan wang tunai.

Menariknya, jumlah yang berjaya dikumpulkan itu mencecah RM1,200 hanya dalam masa dua hari sepanjang kempen yang bertempat di Anak Sungai Kuyoh, Sri Kembangan.

Dalam masa yang sama, dia turut mengajak orang ramai sama-sama turun padang membasmi ikan pendatang itu.

Inisiatif Tangkapan Ikan Pleco atau Ikan Bandaraya sepanjang Disember Sabtu & Ahad bertempat di Anak Sungai Kuyoh, Sri Kembangan!

Hujung minggu takde apa nak buat? Bawa jala tangkap ikan yang rosakkan ekosistem sungai kita ni. Duit pun dapat!”

https://www.instagram.com/p/DDlqFBpTn_s/

Sementara itu, rata-rata netizen turut menyambut baik usaha yang dilakukannya.

Sebelum ini, Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) mendedahkan terdapat dua kaedah yang boleh dilaksanakan dalam melupuskan ikan bandaraya.

Perkara itu dimaklumkan  Ketua Pengarahnya, Datuk Adnan Hussain.

“Ada dua kaedah bersesuaian untuk lupus ikan bandaraya ini yang pertamanya adalah ditanam di mana-mana tempat yang sesuai.

Keduanya ada permintaan untuk dijadikan sebagai baja sama ada diproses sebagai makanan ikan atau baja untuk aktiviti tanaman,” katanya.

BACA: Gelagat ‘Geng OT’ Tengok Konsert Siti Nurhaliza, Judika ‘Free’ Curi Tumpuan

BACA: Arteta ‘Kecewa’ Selepas Arsenal Seri Tanpa Jaringan Menentang Everton

BACA: Gunung Semeru Di Jawa Timur, Indonesia, Meletus

BACA: Payung Pantai Lebih Cantik Ganti Khemah Biru Di Telok Kemang Bermula 11 Januari – MPPD

Sumber: Instagram Auntie Purple

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.