Siakap Keli
Amaran Hujan Lebat Kebanyakan Negeri
Gambar: Bernama

Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Di Kebanyakan Negeri Malam Ini

Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Di Kebanyakan Negeri Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di kebanyakan negeri termasuk Wilayah Persekutuan hingga jam 9 malam ini.

Menurut METMalaysia, negeri yang terlibat termasuklah negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak, Sabah termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Difahamkan, keseluruhan negeri Pulau Pinang, Melaka termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya diramal hujan malam ini.

“Di Kedah, daerah yang terlibat hanya Kuala Muda. Manakala di Perak pula melibatkan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak dan Batang Padang.

“Di Selangor termasuk Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

“Sementara itu, di melibatkan Negeri Sembilan pula Seremban, Port Dickson, Rembau, Jempol dan Tampin. Di Johor, daerah yang terlibat ialah Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

“Beralih ke Sarawak, kawasan terlibat termasuk Sri Aman, Betong (Betong), Sarikei, Sibu, Kapit (Song dan Kapit) dan Bintulu (Tatau dan Sebauh).

“Di Sabah pula, termasuk Pedalaman (Keningau dan Tambunan) dan Pantai Barat (Papar dan Penampang)

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

https://www.facebook.com/malaysiamet/posts/pfbid0DcRRzLK8hwSBrw8SSn7Q6akhTgczXbC9soFKTuAj6e2sYkQLSViRHxuE2EDycndPl

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

BACA: Lagi Gempa Bumi Dilapor Berlaku Di Ranau, Sabah

BACA: Lelaki Berenang 5 Jam Di Laut, Cari Bantuan Untuk Isteri

BACA: Ini Reaksi Rakyat China Tengok Tarian Tradisional Melayu

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.