Ini Reaksi Rakyat China Tengok Tarian Tradisional Melayu
Salah satu keunikan Malaysia yang sering dibanggakan adalah kepelbagaian budaya dan tradisi yang datang daripada masyarakat berbilang kaum.
Keharmonian hidup antara kaum Melayu, Cina, India serta masyarakat pribumi Sabah dan Sarawak bukan sahaja mencipta identiti unik, tetapi juga memperkaya seni budaya negara kita.
Tradisi seperti tarian, nyanyian dan pakaian tradisional menjadi simbol kebanggaan yang terus diwarisi sehingga kini.
Bagi rakyat Malaysia, menyaksikan persembahan tarian tradisional mungkin perkara biasa.
Sama ada ketika kenduri kahwin, acara kebudayaan atau festival, tarian tradisional seperti Zapin, Joget, Bharatanatyam dan tarian naga sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan masyarakat kita.
Namun, bagaimana pula reaksi orang luar, terutamanya masyarakat di negara lain, apabila melihat keunikan tarian tradisional Malaysia?
Baru-baru ini, tular sebuah video di media sosial yang memaparkan tarian tradisional Melayu dipersembahkan di bandar Haikou, Hainan, China.
Reaksi rakyat China terhadap persembahan ini nyata mengundang perhatian ramai.
Video tersebut dikongsikan oleh seorang pempengaruh muda Malaysia yang dikenali sebagai Aikkah (@aikkah00) di TikTok.
Menurutnya, dia bersama kumpulannya berada di bandar Haikou, Hainan, sebagai wakil Majlis Selebriti ASEAN TikTok.
Program ini bertujuan mempromosikan budaya dan tradisi negara-negara ASEAN di peringkat antarabangsa.
Dalam video yang dimuat naik, kumpulan anak muda ini tampil mempersembahkan tarian Melayu yang diiringi lagu klasik.
“Tiba-tiba ramai backup dancer“
Pada mulanya, persembahan ini hanya disaksikan oleh segelintir masyarakat tempatan yang lalu-lalang di kawasan tersebut.
Namun, suasana mula berubah apabila semakin ramai rakyat China berkumpul untuk menyaksikan keunikan tarian ini.
Pada mulanya, masyarakat tempatan di sana kelihatan terpinga-pinga kerana mungkin ini kali pertama mereka melihat tarian Melayu.
Namun, seiring muzik dimainkan, mereka mula menunjukkan minat dan rasa kagum.
Ada yang tersenyum-senyum, ada juga yang mula merakam persembahan tersebut dengan telefon pintar masing-masing.
Paling menarik, ada dalam kalangan mereka yang memberanikan diri untuk menyertai tarian itu walaupun tidak mengetahui langkah tarinya.
Dalam video berkenaan, jelas kelihatan kegembiraan pada wajah masyarakat China. Malah, mereka turut memuji keunikan tarian yang jarang mereka saksikan.
@aikkah00 orang china sangat suka 😍 sampai cakap 馬來西亞很棒👍🏻 dorang sgt sporting & ramah ❤️ #hainanchina🇨🇳 #海丝一家亲tiktok短视频大赛 #aikkah #fyp @Coconut_1
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen Malaysia memuji usaha pempengaruh muda ini dalam mempromosikan budaya negara.
Mereka meluahkan rasa bangga dan terharu kerana tarian tradisional Melayu kini mula dikenali di peringkat antarabangsa.
“Bangga betul dengan anak muda sekarang. Bawa tradisi kita ke serata dunia,”
“Saya tumpang terharu awak bawa tradisi Melayu ke sana,”
“Perlakuan beginilah yang sepatutnya dicontohi,”
“Orang China memang suka bab ini, ala-ala zumba sebab bagi diorang ini aktiviti sihat,”
BACA: Kemunculan Ratusan Dron Misteri Hantui Penduduk Amerika Syarikat
BACA: Pempengaruh Kongsi Hasil Tangkapan Ikan Bandaraya Cecah RM1.2k
BACA: Gelagat Abang Ni Join Budak-Budak Main ‘Gelongsor Tanah’ Buat Ramai Terhibur
Sumber: Aikah via TikTok