Gelagat Abang Ni Join Budak-Budak Main ‘Gelongsor Tanah’ Buat Ramai Terhibur
Siapa saja yang tak rindu zaman kanak-kanak? Masa itulah hidup paling bebas, tak perlu fikir masalah dunia, apatah lagi bayar bil.
Segala apa yang dibuat, semuanya untuk keseronokan. Ketawa tak henti-henti, jatuh bangun pun tetap rasa gembira.
Tapi bila dah dewasa, rindu nak jadi kanak-kanak tu selalu datang bertamu kan?
Kadang-kadang bila tengok kanak-kanak bermain dengan penuh riang, rasa ‘cemburu’ pun ada.
Itulah perasaan yang mungkin dirasai oleh seorang lelaki dalam video TikTok yang kini tular ini.
Video tersebut bukan saja mencuit hati ramai, malah membuka kembali memori zaman kanak-kanak kita semua.
Dalam video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok @abe_jalie, kelihatan sekumpulan kanak-kanak lelaki bermain di sebuah kawasan pangsapuri.
‘Port’ bermain mereka adalah sebuah bukit kecil yang dah jadi macam ‘gelongsor tanah’.
Walaupun hanya beralaskan tanah, keseronokan jelas terpancar di wajah budak-budak ni.
“Lama dah aku duk perhati,” tulis @abe_jalie.
Apa yang lebih melucukan, @abe_jalie akhirnya tidak mampu menahan ‘godaan’ untuk turut serta bermain.
Dengan gaya selamba, dia pun terjun bermain gelongsor dengan budak-budak tu.
“Tewas akhirnya,” tambahnya lagi.
@abe_jalie tewas akhirnya…😭 #abejali #libashalimunan #zamankanakkanakpalinghappy #imbaumemori #keseronokan #happymoments #jgnstress2
Gelagat @abe_jalie itu nyata membuat ramai netizen terhibur. Malah, aksi spontannya menghidupkan kembali kenangan zaman kecil yang penuh nostalgia.
Netizen ‘throwback’ memori lama
Ruangan komen video tersebut dipenuhi dengan pelbagai reaksi warga maya yang rata-ratanya mengimbau pengalaman mereka sendiri.
Gelongsor tanah seperti itu memang popular satu ketika dahulu, terutama bagi mereka yang membesar di kampung atau kawasan yang ada bukit kecil.
“Guna pelepah kelapa bang. Ini kalau time hujan lagi best,”
“Teringat dulu-dulu. Ketua kena mulakan dulu, supaya balik nanti sama-sama kena marah. Tapi bila sampai rumah, ketua je yang kena rotan, yang lain selamat. Rindu zaman tak payah fikir nak beli beras,”
“Sama port kami dulu. Habis berlumut seluar. Balik tu kena sedas. Besok tu dekat sekolah masing-masing tanya kau kena ke, ha aku pun kena. Petang luncur lagi,”
“Balik confirm kena hanger dengan mak sebab seluar kotor dan koyak. Kenangan dulu ni,”
“Teringat zaman sekolah. Orang pergi sekolah masuk kelas terus. Kami main gelongsor dulu kat bukit tepi sekolah. Sekali Abah lalu dekat jalan bawah, laju je cabut,”
“Teringat zaman kecil-kecil dulu. Main macam ni juga dengan kawan-kawan satu taman. Balik tu siap kena tibai dengan mak ayah,”
BACA: Gelagat ‘Geng OT’ Tengok Konsert Siti Nurhaliza, Judika ‘Free’ Curi Tumpuan
BACA: Minah Saleh Kongsi Perkara Yang Hanya ‘Masuk Akal’ Di Malaysia
BACA: “Tak kesah gaji RM2K hingga RM3K asalkan..” Gadis Kazakhstan kongsi Kriteria Bakal Suami
Sumber: TikTok @abe_jalie