Siakap Keli
pemburu maut ditimpa beruang
Kredit: Independent

Pemburu Maut Ditimpa Beruang

Pemburu Maut Ditimpa Beruang

Amerika Syarikat – Seorang lelaki maut selepas dihempap seekor beruang yang ditembak jatuh oleh sekumpulan pemburu, lapor Independent.

Menurut Jabatan Sumber Hidupan Liar Virginia, mangsa, 58 tahun, merupakan salah seorang daripada ahli kumpulan pemburu tersebut.

Mereka berkumpul bagi mengesan seekor beruang di Lunenburg County pada 9 Disember. Haiwan berkenaan memanjat pokok bagi melarikan diri daripada kumpulan pemburu tersebut.

Berikutan itu, salah seorang pemburu bertindak melepaskan tembakan ke arah beruang tersebut menyebabkan beruang itu terjatuh lalu menimpa salah seorang pemburu yang lain. Beruang tersebut jatuh kira-kira 10 kaki sebelum menimpa mangsa yang berada di bawah pokok itu.

BACA: 15 Hilang, 2 Diselamatkan Selepas Kapal Nelayan Karam Di Timur Indonesia

Salah seorang pemburu telah berikan mangsa bantuan awal sehingga mangsa dapat dibawa ke hospital berdekatan. Namun, mangsa disahkan meninggal dunia pada Jumaat berikutan kecederaan yang dialaminya.

Menerusi ucapan takziah yang diumumkan, mangsa dikenali sebagai seorang bapa kepada lima orang anak dan dikurniakan lapan orang cucu. Mangsa merupakan seorang kontraktor yang bekerja sendiri, malah difahamkan, amat menggemari aktiviti luar. Majlis pengebumian mangsa dijadualkan berlangsung pada Khamis.

“Lester merupakan seorang rakan kepada semua dan tidak pernah menganggap sesiapa sebagai orang asing. Dia sememangnya gemar melakukan aktiviti di luar,” kata ucapan tersebut.

Salah seorang anaknya menyampaikan berita pemergian bapanya di laman Facebook dengan menjelaskan akibat daripada kecederaan parah ketika melakukan aktiviti kegemarannya bersama rakan-rakan baiknya. Anaknya turut memuat naik gambar bapanya ketika aktiviti pemburuan, termasuk gambar bangkai beruang dan video ketika bapanya dirawat di hospital.

BACA: Makan Radiasi Hampir 40 tahun, Fungus Ditemui Hidup Di Lokasi Letupan Nuklear

Jurucakap Jabatan Sumber Hidupan Liar Virginia, Shelby Crouch menjelaskan, perbuatan mangsa bersama rakan sekumpulannya itu telah melanggar perundangan memburu Virginia apabila mereka menembak beruang tersebut.

“Perbuatan melumpuhkan, mencederakan, atau mengeluarkan beruang daripada pokok dengan niat untuk meneruskan pemburuan, mengejar atau bertujuan melatih anjing adalah haram.

“Salah seorang ahli kumpulan pemburu tersebut telah memberikan rawatan awal sehingga Bomba dan anggota kecemasan tiba di tempat kejadian. Buat masa ini, pihak jabatan tidak akan mengemukakan sebarang pertuduhan terhadap kejadian ini,” katanya.

Imbas kembali pada 2018, seorang pemburu di Alaska cedera parah apabila rakannya menembak seekor beruang yang sedang berdiri di atas puncak. Haiwan tersebut kemudiannya jatuh ke dalam gaung dan menyebabkan batu-batu besar jatuh menimpa pemburu tersebut.

BACA: Ini Sebab Lantai Masjidil Haram Sentiasa Sejuk

Sumber: Independent

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.